KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu melakukan transformasi pembiayaan kesihatan secara menyeluruh bagi memastikan sistem kesihatan negara berkualti bagi memenuhi hak asasi rakyat.
Justeru, bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Prof Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berharap keputusan Kabinet untuk menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi pada 1 April lalu, tidak seharusnya hanya tertumpu kepada isu doktor semata-mata, sebaliknya turut melihat kepada isu penghijrahan doktor pakar dari perkhidmatan awam.
"Jawatankuasa yang melibatkan semua agensi termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Kementerian Kesihatan (KKM) penting bagi mencari penyelesaian secara holistik untuk jangka masa pendek.
"Saya harap jawatankuasa ini tidak hanya tertumpu pada doktor-doktor kontrak sahaja tetapi juga melihat pada isu prletakan jawatan pakar perubatan dari perkhidmatan awam.
"Ingin saya tegaskan untuk jangka masa panjang, kerajaan wajib menangani punca utama bagi permasalahan ini iaitu sistem kesihatan dan sistem pembiayaan kesihatan yang tidak mampan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Isnin.
Mengulas lanjut Lokman Hakim menjelaskan, kerajaan sudah tidak mampu menambah bajet Kementerian Kesihatan tanpa menjejaskan bajet kementerian-kementerian lain.
"Oleh itu saya berharap trasformasi menyeluruh dan keputusan dasar ini perlu dibuat oleh kerajaan dan wajib disokong pembangkang serta seluruh rakyat Malaysia," ujarnya.
Sabtu lalu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa memberitahu Jemaah Menteri bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi bagi menangani isu doktor kontrak yang menjadi topik hangat dalam negara ketika ini.
Kumpulan dikenali Mogok Doktor Malaysia sebelum ini berkata lebih 8,000 doktor kontrak akan melakukan mogok antara 3 hingga 5 April dengan mengambil cuti perubatan/kecemasan sebagai protes terhadap sistem tidak adil dan gaji rendah dalam sektor penjagaan kesihatan awam.
Kumpulan itu juga memberi amaran terdapat 3,000 doktor kontrak akan meletak jawatan daripada Kementerian Kesihatan pada 1 April.
Selain penyerapan semua doktor kontrak ke jawatan tetap tanpa sebarang syarat atau temuduga, kumpulan itu mendesak kenaikan gaji pokok dan kadar 'on-call' untuk pakar perubatan dan pegawai perubatan.
Mereka juga mahu Kementerian Kesihatan menyelesaikan isu kekurangan pakar, pegawai perubatan dan pegawai perubatan siswazah dengan segera.
Hartal Doktor Kontrak yang pernah terbabit dengan gerakan mogok pada 26 Julai 2021 memaklumkan pihaknya bersama sekutunya tiada kaitan dengan mogok terbaru yang akan diadakan itu.
Umavathi Ramayah
Mon Apr 03 2023

Dr Lokman berharap penubuhan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi pada 1 April lalu, tidak seharusnya hanya tertumpu kepada isu doktor semata-mata, sebaliknya turut melihat kepada isu penghijrahan doktor pakar. - Fail/BERNAMA
Malaysia semakin hampiri sasaran 27 pingat
Tiada tambahan pingat buat kontinjen Malaysia dalam saingan Sukan Asia Hangzhou 2022 untuk hari ini.
Begitupun, atlet negara kini semakin menghampiri sasaran 27 pingat dengan beberapa acara melibatkan atlet kebangsaan dijadualkan pada Khamis.
Untuk butiran lanjut, kita bersama wartawan Astro ARENA, Zulhelmi Zainal Azam dari Hangzhou, China.
Begitupun, atlet negara kini semakin menghampiri sasaran 27 pingat dengan beberapa acara melibatkan atlet kebangsaan dijadualkan pada Khamis.
Untuk butiran lanjut, kita bersama wartawan Astro ARENA, Zulhelmi Zainal Azam dari Hangzhou, China.
Mesyuarat Kabinet tidak sentuh mengenai rombakan
Datuk Seri Khaled Nordin, yang juga Naib Presiden UMNO berkata, mesyuarat jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak menyentuh mengenai rombakan Kabinet.

Sukan Asia: Perak beri insentif kepada Muhammad Azeem, Sheeren berjaya rangkul gangsa
Jumlah insentif itu masih dalam perbincangan antara kerajaan negeri dan MSN Perak namun ia akan diberikan dalam masa terdekat.
Tumpu usaha perkukuh ASEAN sebagai ‘bakul makanan dunia’
Mesyuarat Menteri-Menteri Asean Mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAF) ke-45 memberi tumpuan untuk mengukuhkan kedudukan Asean sebagai ‘bakul makanan dunia.’
Hujan di beberapa kawasan kurangkan jerebu
Mujur beberapa kawasan sekitar Lembah Klang dapat mengurangkan jerebu hari ini.
Tanya AI: Bagaimana jerebu boleh jejaskan kesihatan?
Penyampai AI, Joon, beri penjelasan bagaimana jerebu boleh bahayakan kesihatan.
[TERKINI] Kerugian jenayah dalam talian hampir RM2 bilion
Kerugian akibat jenayah dalam talian terus meningkat kepada hampir RM2 bilion bagi tempoh 2021 hingga September lalu.

Malaysia utus surat kepada Indonesia selesai masalah jerebu rentas sempadan - Nik Nazmi
Malaysia telah menghantar surat kepada Indonesia bagi menyelesaikan segera Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (AATHP).
Malaysia hantar surat kepada indonesia
Malaysia melaksanakan tindakan susulan dengan menghantar surat kepada Indonesia berhubung masalah jerebu rentas sempadan.
Diskaun PTPTN mungkin tidak diteruskan
Kerajaan mungkin tidak akan meneruskan lagi pemberian diskaun untuk tujuan pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

KKM waspada kemungkinan timbul penyakit X di Malaysia - KP Kesihatan
KKM sentiasa berwaspada dan mempunyai tahap kesiapsiagaan tinggi bagi menghadapi kemungkinan kemunculan penyakit X di negara ini.

Belanjawan 2024: Kesihatan, pendidikan terus diberi peruntukan paling besar - PM Anwar
Antara isu yang akan difokuskan dalam Belanjawan MADANI kedua itu bagi KKM ialah pembinaan klinik-klinik kesihatan dan mengatasi masalah kesesakan hospital kerajaan di seluruh negara.

Penyakit berkaitan jantung penyebab utama kematian di Malaysia
Penyakit berkaitan jantung adalah antara penyebab utama kematian di Malaysia.

KKM nafi caj perkhidmatan klinik kesihatan RM1 dinaikkan
Penyebaran maklumat palsu yang tular di media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab menimbulkan kekeliruan masyarakat.

Pengendalian makanan di 94.8 peratus premis mematuhi tahap kebersihan ditetapkan
94.8 peratus daripada 45,467 premis yang diperiksa sejak Januari hingga Ogos tahun ini, mematuhi tahap kebersihan ditetapkan.

Fasiliti kesihatan swasta dibenar ambil jururawat terlatih warga asing mulai 1 Okt
Fasiliti kesihatan swasta dibenarkan mengambil jururawat terlatih warga asing (JTWA) tanpa kelayakan pos basik bermula 1 Okt ini.

Dasar GEG: Isu kompaun antara yang tidak dipersetujui, harap sokongan dua pertiga - Dr Zaliha
Pada 12 Jun lalu, Dasar GEG atau RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dirujuk sekali lagi kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan.

Institut kesihatan mental mampu jadi pemangkin usaha tangani masalah mental - Pakar
Penubuhan Institut Kesihatan Mental dilihat mampu menjadi pemangkin kepada usaha menangani masalah dan pelbagai isu berkaitan kesihatan mental.

MEDC@aSt 3.0 siap dibangun sepenuhnya pada 2026 - KP Kesihatan
Versi baharu sistem aplikasi yang berfungsi melaksanakan aktiviti kawal selia prapasaran peranti perubatan MeDC@aSt 3.0, akan siap dibangunkan sepenuhnya pada 2026.

474 pegawai perubatan kontrak dilantik ke jawatan tetap lapor diri di Sabah
Seramai 474 pegawai perubatan kontrak yang baharu dilantik ke jawatan tetap telah melaporkan diri ke Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.