awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu elaun pembantu tabika Kemas di bawah paras gaji minimum dibawa ke Kabinet

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
08/04/2022
14:55 MYT
Isu elaun pembantu tabika Kemas di bawah paras gaji minimum dibawa ke Kabinet
Mahdzir berkata, pihaknya akan membawa perkara berkenaan ke Kabinet dalam tempoh terdekat untuk kelulusan kerajaan selepas kertas kerja berkenaan siap sepenuhnya. - Gambar fail
TASIK GELUGOR: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) di peringkat akhir menyiapkan kertas kerja berhubung isu elaun yang diterima 10,000 pembantu taman bimbingan kanak-kanak (tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang masih di bawah paras gaji minimum.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya akan membawa perkara berkenaan ke Kabinet dalam tempoh terdekat untuk kelulusan kerajaan selepas kertas kerja berkenaan siap sepenuhnya.
Beliau berkata, setakat ini, 10,000 pembantu Tabika masih menerima elaun RM500 dan jumlah itu wajar dinaikkan ke tahap yang lebih baik.
"Ini dah peringkat akhir, kita akan bawa ke Kabinet... insya-Allah kita akan bawa dalam masa terdekat bila dah lengkap... daripada RM500 tu dinaikkan sikit kepada satu tahap yang lebih baik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan cadangan kenaikan elaun 10,000 pembantu tabika Kemas.
Sebelum ini, Mahdzir dilaporkan berkata, kenaikan elaun tersebut perlu kerana jumlah yang diterima kumpulan berkenaan tidak lagi sesuai kerana mereka bertugas hampir sepenuh masa.
Mahdzir berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra KPLB bersama Kakitangan KEMAS Pulau Pinang di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada Jumaat.
Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada kakitangan Kemas yang terkesan dengan COVID-19.
Topic Berkaitan
#guru tabika
#pembantu tabika kemas
#elaun
#bawah paras gaji minimum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan