Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Sisters In Islam (SIS) Forum (Malaysia) untuk mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar, dan memutuskan bahawa isu fatwa berada dalam bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah.
Hakim Datuk Nordin Hassan berkata mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan semakan kehakiman oleh SIS, pengasasnya Zainah Mahfoozah Anwar dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Zaid Ibrahim, selaras dengan Perkara 121A Perlembagaan Persekutuan.
"Mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa berkaitan hukum syarak dalam Undang-undang Syariah. Pada pendapat saya, isu fatwa mempunyai kaitan dengan Undang-undang Syariah dan merupakan bidang kuasa eksklusif di bawah Mahkamah Syariah," katanya.
Nordin berkata mahkamah juga mendapati keputusan dalam pengeluaran fatwa bertarikh 17 Julai 2014 dan diwartakan pada 31 Julai 2014 tidak dicemari dengan tindakan yang menyalahi undang-undang dan kekadaran.
"Justeru, pemohonan ini ditolak dengan kos RM10,000," katanya.
Hakim itu berkata Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 adalah ruang untuk memohon semakan kehakiman terhadap jawatankuasa fatwa di Mahkamah Tinggi Syariah.
"Tiada tempoh masa untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Syariah tetapi dalam tempoh tiga bulan dari tarikh keputusan," katanya.
Mengenai isu yang dibangkitkan oleh SIS bahawa sebagai sebuah pertubuhan, pihak berkuasa agama negeri tidak mempunyai kuasa terhadap mereka, Nordin bagaimanapun tidak bersetuju dengan hujah kumpulan itu.
"Pertubuhan dan pengarah SIS Forum adalah beragama Islam dan aktiviti mereka mempunyai kaitan dengan undang-undang Islam, (oleh itu) fatwa itu terpakai," katanya, dan menambah, syarikat itu tidak boleh kebal daripada fatwa berkenaan.
Pada 25 Sept 2018, panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum memerintahkan supaya saman itu dikembalikan semula ke Mahkamah Tinggi untuk keputusan dalam isu bidang kuasa dan merit.
Hakim Malanjum berkata semua pihak boleh mengemukakan hujahan mereka berhubung isu bidang kuasa di peringkat Mahkamah Tinggi untuk menjimatkan masa.
Mahkamah Persekutuan turut mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 2 Mac 2017, yang membenarkan rayuan SIS untuk memulakan prosiding semakan kehakiman.
Tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan, Jawatankuasa Fatwa Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan kerajaan Negeri Selangor yang merupakan responden dalam permohonan itu, memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Pada 24 Jun 2016, Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan SIS, pengasasnya Zainah Mahfoozah Anwar dan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim untuk mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai menyeleweng, setelah memutuskan bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat keputusan mengenai isu berkaitan fatwa.
Pada 31 Okt 2014, SIS Forum (Malaysia), Zainah dan Zaid memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam dan menamakan Jawatankuasa Fatwa Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Kerajaan Selangor sebagai responden.
Mereka memohon perintah certiorari untuk mengetepikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS yang menyatakan bahawa pertubuhan itu dan mana-mana individu serta kumpulan yang menerima pakai ideologi liberalisme dan pluralisme sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam.
Mereka juga memohon mendapatkan perisytiharan bahawa keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS yang membuat arahan melalui fatwa itu dengan mengarahkan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi supaya menyekat laman sesawang sosial yang melanggar ajaran Islam sebagai bercanggah dengan Seksyen 3 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Selain itu, mereka turut memohon deklarasi bahawa SIS yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai 'company limited by guarantee' tidak tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 27 2019
Seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 adalah ruang untuk memohon semakan kehakiman terhadap jawatankuasa fatwa di Mahkamah Tinggi Syariah.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
Nahas helikopter Lumut: "Nampaknya dia yang 'pergi' dulu..." - Ibu Allahyarham Komander Firdaus
Komander Muhammad Firdaus anak yang bertanggungjawab serta contoh yang baik kepada adik-adik yang lain, malah sangat mengambil berat tentang keperluan keluarga.
EPL: Dua bintang remaja ditahan kerana disyaki merogol
Dua pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris telah ditangkap pada hujung minggu kerana disyaki merogol dan melakukan serangan.
Status daging kultur: MKI akan bincang dengan IIFA
MKI akan mengeluarkan fatwa berhubung status daging kultur selepas mengadakan perbincangan dengan Akademi Fiqh Islami Antarabangsa (IIFA).
Daging cetakan 3D boleh dimakan jika guna DNA haiwan halal - MUIS
MAJLIS Ugama Islam Singapura (MUIS) mengeluarkan fatwa membenarkan orang Islam memakan daging dihasilkan menerusi cetakan 3D sekiranya ia menggunakan DNA haiwan yang halal.
Semua pihak diseru tidak keluarkan ucapan sewenang-wenangnya - Menteri Agama
Mohd Na'im menyeru semua pihak agar lebih bertanggungjawab dan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan ucapan yang boleh mencetus perbalahan, ketegangan serta kegelisahan dalam masyarakat.
Sultan Selangor gesa hentikan perbuatan keluarkan fatwa secara tidak bertanggungjawab
Sultan Selangor bertitah agar segera memberhentikan perbuatan mengeluarkan fatwa secara tidak bertanggungjawab demi memelihara perpaduan rakyat di negara ini.
Polis buka kertas siasatan kerana 'fatwa' dikeluarkan Muhyiddin
Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa haram mengundi calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kaiat.
Fatwa politik haram beri undi kepada saya tidak wajar, permain hukuman agama - Suhaizan
Suhaizan menyifatkan tindakan Muhyiddin mengeluarkan 'fatwa' bahawa haram memberikan undi kepada beliau sebagai seolah-olah mempermainkan hukum agama demi kepentingan politik.
PRK: Zahid yakin pengundi Johor tidak terpengaruh 'fatwa politik' Muhyiddin
Muhyiddin semasa sesi ceramah berkenaan dikatakan telah mengatakan bahawa adalah haram memberikan undi kepada Suhaizan, sehingga menimbulkan pelbagai reaksi.
Ajaran Si Hulk difatwakan sesat
Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan ajaran dan fahaman yang dibawa Suhaini Mohammad atau Si Hulk sebagai sesat.
Masyarakat perlu hormati fatwa larang umat Islam sertai ritual keagamaan bukan Islam
"Ini garis panduan khusus buat orang Islam. Ia tidak bercanggah dengan semangat perpaduan dan bangsa Johor (kerana) kita hidup dalam masyarakat majmuk."
Fatwa tidak bercanggah dengan konsep Bangsa Johor - Sultan Ibrahim
Sultan Ibrahim bertitah, fatwa berkenaan tidak menjejaskan sama sekali konsep Bangsa Johor yang mengamalkan toleransi, persefahaman dan perpaduan.