Kerajaan DAP Pulau Pinang mengulangi tawarannya untuk mengambil alih perkhidmatan feri di negeri itu dalam usaha mengelak masalah kenaikan tambangnya.
Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata ,jika kerajaan negeri diberi peluang mengambil alih operasi tersebut dari Penang Port SDN. BHD. (PPSB), pihaknya mampu menguruskan feri dengan baik seterusnya membawa keuntungan.
Malah Guan Eng berkata, pihaknya turut bersedia membuat pelaburan baru untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan feri di negeri itu.
"Beri kerajaan negeri uruskannya kerana operator perlabuhan kata mereka mengalami kerugian setiap tahun.
"Jadi kita berminat untuk mengambil alih lokasi ini dan percaya ia akan kembalikan kegemilangannya selain melihat kemampuannya sebagai tapak sejarah negeri, sama seperti yang dibuat kepada Georgetown," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.
Dalam pada itu, Guan Eng yang turut membantah cadangan kenaikan tambang feri itu berkata, pihaknya percaya pengurusan yang lemah menyebabkan pengendali feri itu mengalami kerugian.
Justeru, beliau berharap hasrat itu dipertimbangkan sekali lagi dalam usaha memastikan ikon pelancongan negeri itu terus bertahan.
"Pada 2008, kerajaan negeri telah menyuarakan hasrat untuk mengambil alih perkhidmatan feri selepas pengendali feri itu mengalami kerugian setiap tahun.
"Namun tawaran itu dipandang sepi pihak PPSB sehinggalah PPSB diswastakan kepada Seaport Terminal SDN BHD tahun lalu," jelasnya.
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) baru-baru ini mengemukakan cadangan kepada Kementerian Pengangkutan untuk menaikan tambang feri berikutan berdepan kerugian tahunannya semasa menjalankan perkhidmatan feri.
Kerugian dilaporkan berjumlah RM23 juta pada tahun 2013.
Pada Selasa, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kementeriannya masih menimbang cadangan kenaikan tambang yang dikemukakan oleh SPPP dan akan meneliti pandangan orang ramai terlebih dahulu sebelum membuat keputusan meluluskan atau menolak cadangan tersebut.
Pada 16 Februari lalu, SPPP mengeluarkan notis hebahan mengenai cadangan membuat semakan tarif bagi perkhidmatan ferinya.
Menurut pekeliling itu, kadar tambang yang dicadangkan bagi motosikal bakal dinaikkan dari RM2 kepada RM3.50, kereta dari RM7.70 kepada RM9, pejalan kaki dari RM1.20 kepada RM2 dan basikal dari RM1.40 kepada RM1.50 sen.
Manakala , harga tiket bermusim untuk pelajar turut dicadang dinaikkan kepada RM6 daripada RM3 manakala dewasa kepada RM50 daripada RM30.
Bagi lori dua gandar empat tayar, ia dicadang untuk dinaikkan kepada RM20 daripada RM13.20 sementara bagi lori dua gandar enam tayar, kepada RM40 daripada RM27.50.
Astro Awani
Wed Feb 25 2015

Isu feri: Kerajaan Pulau Pinang ulang tawaran ambil alih operasi

Sabah alu-alukan keputusan UK tukar nasihat perjalanan ke negeri itu
Kerajaan Sabah mengalu-alukan keputusan United Kingdom (UK) menukar nasihat perjalanannya bagi warga British yang melancong ke negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

COP28: Agong, Raja Permaisuri adakan lawatan khas ke UAE
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan mengadakan lawatan khas ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) mulai hari ini hingga 4 Dis depan.

Risiko pembesaran prostat lebih tinggi bagi individu 50 tahun ke atas - Pakar
Individu berusia 50 tahun keatas berisiko lebih tinggi menghidapi penyakit pembesaran prostat berbanding golongan lebih muda.
AWANI Ringkas: Operasi SAR runtuhan gudang tamat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sokongan antarabangsa untuk Palestin meningkat, terbongkar Israel tidak bermaruah - Pensyarah USIM
Dunia ketika ini menyaksikan peningkatan sokongan kepada negara dan rakyat Palestin yang terus dibantai oleh Israel.

Takaful Malaysia perkenal Kad Perubatan Digital Kaotim
Takaful Malaysia melancarkan platform digital Kaotim dalam usaha menawarkan pengalaman lebih mesra pelanggan dan selamat pada Rabu.

Runtuhan gudang: CIDB lakukan siasatan terperinci
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sedang menjalankan siasatan awal dan terperinci berhubung kejadian projek pembinaan gudang logistik di Batu Maung, Bayan Lepas dekat sini, yang r
Agenda AWANI: Pembesaran prostat, ambil tahu risiko dan rawatan
Apakah yang dimaksudkan dengan Benign Prostatic Hyperplasia (BPH) atau juga disebut sebagai pembesaran kelenjar prostat? Siapa golongan berisiko dan adakah ia boleh dirawat? Diskusi 9 malam

Lawatan Anwar, Srettha ke Selatan Thailand tingkatkan kerjasama pembangunan sempadan
Lawatan itu mengukuhkan kejasama antara Thailand dan Malaysia dalam pelbagai sektor, termasuk pembangunan infrastruktur, perdagangan, pelancongan, pertanian dan keselamatan sempadan.
Agenda AWANI: Solidariti bersama rakyat Palestin
Tarikh 29 November merupakan Hari Solidariti Antarabangsa dengan Rakyat Palestin sebagai sambutan rasmi yang diterima pakai oleh Perhimpunan Agung PBB pada 1978. Diskusi 8.30 malam

Polis nafi keluarkan amaran halang Guan Eng naik feri
Polis Pulau Pinang hari ini menafikan mengeluarkan amaran menghalang bekas Ketua Menteri Lim Guan Eng daripada menaiki perkhidmatan feri yang tidak lagi akan membawa kenderaan empat roda bermula esok.

Hanya orang 'Tanjong' dan 'Bagan' saja yang tahu sedihnya
Kalau operasi feri ni dihentikan atau tukar, memang sedih la.

Feri Pulau Pinang: Berbaloikah kekalkan nostalgia dengan kerugian RM24 juta setahun?
Tidak masuk akal apabila jika berdegil dan bertegas untuk perkhidmatan Feri Pulau Pinang dikekalkan semata-mata kerana rasa nostalgia.

Jangan bersedih! Perkhidmatan feri Pulau Pinang akan diteruskan
Perkhidmatan feri Pulau Pinang dilaporkan akan dihentikan bermula 1 Jan depan dan digantikan dengan bot penumpang laju

Bot laju ganti feri Pulau Pinang bermula 1 Januari 2021
Bot laju baharu yang akan diperkenalkan itu digunakan untuk membawa penumpang pejalan kaki sahaja.

Feri Pulau Pinang dinaik taraf tahun depan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memberi komitmen bahawa projek menaik taraf sistem perkhidmatan feri Pulau Pinang akan mula dilaksanakan mulai tahun depan.

Isu feri: Kerajaan Pulau Pinang ulang tawaran ambil alih operasi
Kerajaan DAP Pulau Pinang mengulangi tawarannya untuk mengambil alih perkhidmatan feri di negeri itu dalam usaha mengelak masalah kenaikan tambangnya.

Sudahlah yang guna feri tu orang susah, kenapa nak naikkan tambang - Musa
Cadangan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) untuk menaikkan harga tiket feri dilihat bakal menyusahkan rakyat terutama golongan sederhana dan bawahan di negeri itu.

Tambang feri Pulau Pinang bakal naik?
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) bercadang membuat semakan tarif bagi perkhidmatan ferinya.