awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir landa selatan Perancis susulan hujan lebat berterusan
Ahmad Zahid adakan pertemuan dengan KSU Komunikasi
Lima anggota polis Pakistan maut dalam serangan bom dan tembakan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Hudud: Polis akan siasat BFM dan individu yang mengugut - KPN

Astro Awani
Astro Awani
21/03/2015
04:24 MYT
Isu Hudud: Polis akan siasat BFM dan individu yang mengugut - KPN
Isu Hudud: Polis akan siasat BFM dan individu yang mengugut - KPN
Polis akan menyiasat individu yang mengugut penyampai radio BFM, Aisyah Tajuddin dan juga stesen radio itu sendiri, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini.
Menerusi tweet terbarunya, Khalid berkata penulis skrip video yang dikatakan mempertikaikan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan juga akan disiasat.
“Kes BFM, @PDRMsia akan siasat kedua-dua pihak, Penyiar BFM dan yang ugut Penyiar. Penulis Skrip Penyiar juga akan dipanggil,” tulis Khalid di laman twitter peribadinya.
Kes BFM, @PDRMsia akan siasat kedua2 pihak, Penyiar BFM dan yg ugut Penyiar. Penulis Skrip Penyiar juga akan di panggil.
— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) March 21, 2015
Pada 19 Mac, video bertajuk "Hudud Isi Periuk Nasi" telah dimuat naik. Skrip yang disampaikan oleh Aisyah telah mempertikaikan DUN Kelantan kerana meluluskan pindaan ke atas Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993).
Video tersebut menjadi viral dan menyebabkan Aisyah dilaporkan menerima ugutan bunuh dan rogol.
BFM kemudiannya memohon maaf dan menarik balik video tersebut.
Awal hari ini, Ketua Parlimen DAP dilaporkan kesal dengan sikap Khalid yang didakwa mempunyai perhatian selektif dalam tweetnya.
Kit Siang membuat kenyataan itu ekoran sikap Khalid yang dikatakan lambat dan tidak bertindak segera terhadap mereka yang menjadi dalang ugutan tersebut.
Topic Berkaitan
#Aisyah Tajuddin
#bfm
#hudud
#Khalid Abu Bakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan