awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Islamofobia antara yang akan dibincang dalam lawatan ke Paris - Zambry

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
01/06/2023
10:35 MYT
Isu Islamofobia antara yang akan dibincang dalam lawatan ke Paris - Zambry
Zambry memberitahu, isu menangani Islamofobia adalah antara isu yang akan dibincangkan dalam lawatan beliau ke Paris, Perancis. - Foto fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia akan membincangkan isu menangani Islamofobia dalam lawatan sulung Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir ke Paris, Perancis pada Khamis.
Menurut Zambry, perkara itu akan dibincangkan dalam pertemuannya dengan Rektor Masjid Besar Paris, Chems-Eddine Hafiz.
"Saya juga akan bertemu dengan Chems-Eddine Hafiz untuk membincangkan serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu utama, termasuk usaha untuk menangani Islamofobia," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Dalam lawatan dua hari itu, kata Zambry, beliau turut akan mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya, Menteri Eropah dan Hal Ehwal Luar Perancis, Catherine Colonna.
Beliau memberitahu, antara perkara yang akan dibincangkan adalah mengenai kerjasama dua hala sedia ada serta hal-hal serantau dan antarabangsa untuk kepentingan bersama.
Selain itu, saya akan turut mengadakan sesi libat urus bersama Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Audrey Azoulay, French Institute of International Relations (IFRI) dan senat Perancis di Paris," ujarnya.
Beliau memberitahu, kedua-dua menjalin persahabatan yang erat berasaskan kerjasama ekonomi yang aktif dan hubungan antara rakyat yang mesra.
Zambry berpendapat, lawatan itu akan meningkatkan lagi hubungan dua hala yang telah memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, seperti yang dilaksanakan menerusi kerjasama sedia ada dalam bidang perdagangan, pelaburan dan pertukaran teknologi.
Pada tahun 2022, Perancis merupakan rakan dagangan ke-21 terbesar Malaysia di peringkat global dan ketiga terbesar dalam kalangan negara-negara anggota Kesatuan Eropah dengan jumlah dagangan bernilai RM18.05 bilion (AS$4.19 bilion), peningkatan sebanyak 39.1 peratus berbanding nilai yang dicatatkan pada tahun 2021.
Topic Berkaitan
#Kesatuan Eropah
#Zambry Abdul Kadir
#islamfhobia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan