awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu kartel daging import tak halal: Pengasas Raihanah Cold Storage saman Sang Kelembai

Bernama
Bernama
01/02/2021
10:24 MYT
Isu kartel daging import tak halal: Pengasas Raihanah Cold Storage saman Sang Kelembai
Penyataan tuntutan plaintif mendakwa defendan telah membuat, menyiarkan dan menerbitkan satu kenyataan fitnah dalam akaun Facebook miliknya sekitar Disember 2020. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Pengasas syarikat Raihanah Cold Storage Sdn Bhd memfailkan saman menuntut ganti rugi RM150 juta terhadap pemilik akaun Facebook (FB) Zaharin Mohd Yasin, juga dikenali sebagai Sang Kelembai, yang didakwa menerbitkan kenyataan memfitnah membabitkan isu kartel daging import tidak halal.
Peguam Datuk Mohd Haaziq Pillay Abdullah, ketika dihubungi pemberita, berkata tarikh 26 Feb ditetapkan sebagai pengurusan kes secara dalam talian (e-Review) di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Farah Shuhada Ramli.
Penyataan tuntutan plaintif mendakwa defendan telah membuat, menyiarkan dan menerbitkan satu kenyataan fitnah dalam akaun Facebook miliknya sekitar Disember 2020 yang mengandungi foto plaintif pertama (Rahman), dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengenai butiran syarikat Raihanah Cold Storage Sdn Bhd termasuk nama penuh dan nombor kad pengenalan plaintif kedua (Raihanah).
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah itu antara lain membawa maksud mereka mengedar atau menjual daging atau daging lembu tidak halal selain mendakwa syarikat tersebut mengamalkan taktik perniagaan berniat jahat dengan menukar bungkusan daging yang tidak halal dan membungkusnya semula sebagai daging halal untuk penjualan atau pengedaran.
Selain itu, ketiga-tiga plaintif mendakwa mereka tidak pernah terbabit dalam membawa, mengimport atau menyeludup daging atau daging lembu tidak halal ke Malaysia dan tidak pernah membungkus semula daging atau daging lembu tidak halal sebagai daging halal.
Mereka juga menafikan terbabit dalam amalan rasuah dengan Jabatan Kastam atau sebarang pihak berkuasa semasa berurusan dalam pengedaran atau penjualan daging halal.
Menurut plaintif, kenyataan fitnah itu dibuat tanpa sebarang asas, berniat jahat dan mencemarkan reputasi mereka selain mendakwa defendan membuat kenyataan secara melulu tanpa mendapatkan penjelasan daripada mereka.
Oleh itu, ketiga-tiga plaintif masing-masing menuntut ganti rugi am sebanyak RM50 juta daripada defendan dan memohon mahkamah mengeluarkan perintah bagi menghalang defendan daripada mengulangi, menerbitkan atau menyiarkan sebarang kenyataan fitnah dalam media sosial, forum atau akhbar.
Mereka turut memohon kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#daging
#kartel daging
#tidak halal
#Raihanah Cold Storage Sdn Bhd
#saman
#Zaharin
#Sang Kelembai
#mahkamah
#peguam
#tuntutan
#ganti rugi
#RM150 juta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan