awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu kartel PDRM: 'Masih dalam kawalan, tiada keperluan lapor SPRM' - KPN

Isabelle Leong
Isabelle Leong
25/03/2021
11:58 MYT
Isu kartel PDRM: 'Masih dalam kawalan, tiada keperluan lapor SPRM' - KPN
ABDUL HAMID BADOR: "Tidak perlu sampai ke situ (membuat laporan kepada SPRM), penubuhan RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) dan sebagainya, saya masih berkuasa". - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menegaskan tidak akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan kewujudan kartel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Abdul Hamid berkata, beliau yakin perkara berkenaan masih dalam kawalan.
“Saya sudah menjelaskan sebelum ini bahawa isu berkenaan terkawal dan saya sudah berbincang dengan Pengarah JIPS (Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard) dan tindakan akan diambil.
“Tidak perlu sampai ke situ (membuat laporan kepada SPRM), penubuhan RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) dan sebagainya, saya masih berkuasa,” katanya pada sidang media selepas melancarkan sistem MyBayar Saman di Bukit Aman pada Khamis.
BACA: PDRM tawar 50 peratus diskaun saman hingga 11 April
Katanya lagi, beliau amat menghargai reaksi orang ramai berhubung perkara berkenaan yang menunjukkan betapa pentingnya isu rasuah dan salah laku dalam kalangan pengawai polis diambil tindakan sewajarnya.
“Budaya ini saya hendak tekankan dan inilah masanya. Saya tidak malu untuk mengaku bahawa ia berlaku kerana jika kami malu, sampai bila-bila pun kami tidak akan belajar dan berubah,” katanya.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin meminta Abdul Hamid supaya membuat laporan kepada SPRM berhubung kartel dalam PDRM dan gerakan dalaman pegawai muda PDRM yang dikatakan ingin menjatuhkannya.
Dalam perkembangan lain, Abdul Hamid memberikan bayangan bahawa Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, mungkin akan menggantikannya sebagai Ketua Polis Negara.
Bagaimanapun, katanya ia terpulang kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Tiada apa-apa politik kepada diri saya. Lazimnya, begitu perancangan. Sesiapa yang merupakan timbalan akan naik (pangkat).
“Namun, ia terpulang kepada Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong kerana jawatan ini memerlukan perkenan Tuanku Agong sebelum dilantik secara rasmi,” katanya.
Untuk rekod, Abdul Hamid akan bersara pada 3 Mei ini, namun penggantinya masih belum diumumkan.
Topic Berkaitan
#kartel PDRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#SPRM
#PDRM
#JIIPS
#RCI
#Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard
#Abdul Hamid Bador
#MyBayar Saman
#Yang di-Pertuan Agong
#Muhyiddin Yassin
#Acryl Sani Abdullah Sani
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan