awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu keciciran pelajar Orang Asli berjaya diatasi menerusi sekolah K9, K11

Bernama
Bernama
22/04/2024
12:08 MYT
Isu keciciran pelajar Orang Asli berjaya diatasi menerusi sekolah K9, K11
Fadhlina Sidek menyantuni murid-murid orang asli ketika hadir membuat lawatan ke Sekolah Kebangsaan Sri Permai JHEOA Komprehensif 9 (K9), Gua Musang. - Bernama
GUA MUSANG: Isu keciciran pelajar di kawasan pedalaman khususnya masyarakat Orang Asli telah berjaya dikurangkan susulan penubuhan Sekolah Model Khas Komprehensif 9 (K9) dan Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11).
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata perkara itu dapat dibuktikan apabila kehadiran murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Permai (JHEOA) K9, di sini telah mencapai 100 peratus, hasil sokongan ibu bapa dan guru dalam memastikan sekolah K9 dan K11 berterusan.
"Sekolah K9 dan K11 (penubuhan) adalah komitmen Kementerian Pendidikan yang memberikan tumpuan sekolah rendah dan sekolah menengah dalam satu bangunan dan kawasan.
"Oleh itu, Kementerian Pendidikan akan terus memperluas sekolah K9 dan K11 di seluruh negara yang melibatkan anak-anak Orang Asli dan peribumi agar mereka tidak keciciran pendidikan," katanya kepada pemberita selepas meninjau sekolah berkenaan pada Program Jelajah Pendidikan MADANI Sekolah Murid Orang Asli di sini hari ini.
Mengenai infrastruktur SK Sri Permai susulan terdapat beberapa bangunan kelas yang lantainya runtuh disebabkan aliran air bawah tanah, beliau berkata perkara berkenaan akan diberi tumpuan dan sekolah itu juga akan diberikan tapak baharu.
Fadhlina berkata Jabatan Kerja Raya telah membuat penilaian tapak dan perkara berkenaan telah dibawa ke peringkat kementerian.
"Berdasarkan unjuran yang saya lihat tadi, kehadiran (murid) di SK Sri Permai telah meningkat. SK Sri Permai bukan lagi dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid dan saya harap projek pembinaan ini dapat diteruskan untuk memberi manfaat kepada anak-anak Orang Asli di sekitar kawasan ini," katanya.
Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati kebanyakan guru sekolah itu menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan motosikal kerana laluan masuk ke sekolah berkenaan sejauh 80 kilometer melalui jalan yang tidak rata, berlubang, berlumpur serta berkerikil.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Orang Asli
#pedalaman
#Sekolah Model Khas Komprehensif
#murid
#ibu bapa
#Fadhlina Sidek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan