awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Kepolisan Komuniti ganti PPS, Guan Eng nafi setuju

Bernama
Bernama
14/11/2014
01:56 MYT
Isu Kepolisan Komuniti ganti PPS, Guan Eng nafi setuju
KDN mengesahkan Pasukan Peronda Sukarela P.Pinang akan digantikan dengan unit Kepolisan Komuniti, namun dinafikan Ketua Menteri Lim Guan Eng. -Gambar fail
Ketua Menteri Pulau Pinang menafikan kerajaan negeri bersetuju untuk menggantikan PPS dengan unit Kepolisan Komuniti sepertimana dilaporkan di media.
Menurut Lim Guan Eng, beliau hanya berbincang dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung perkara itu untuk dipanjangkan ke mesyuarat exco.
"Saya hanya berbual dengan Ahmad Zahid di mana beliau menawarkan untuk menyerap PPS dalam Unit Kepolisan Komuniti, dan saya beritahu menteri berkenaan supaya sediakan kertas kerja mengenai cadangan itu agar saya dapat bentangkan pada mesyuarat Exco," katanya.
Lim memberitahu pemberita demikian selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang semalam.
Dilaporkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam telah mengesahkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang akan digantikan dengan unit Kepolisan Komuniti.
Keputusan itu dibuat selepas perbincangan di antara Dr Ahmad Zahid dengan Lim di Bangunan Parlimen semalam.
Menurut laporan, Lim dikatakan bersetuju dengan penggantian PPS kepada Kepolisan Komuniti.
Sehubungan itu, KDN akan melakukan keseragaman Prosedur Operasi Standard (SOP) dan pakaian seragam unit Kepolisan Komuniti di seluruh negara.
PPS ditubuhkan kerajaan negeri pimpinan DAP lima tahun lepas dan diisytiharkan haram baru-baru ini kerana tidak mendaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.
Ketika ditanya sama ada polis akan menghentikan siasatan terhadap 157 anggota PPS yang ditahan pada 31 Ogos lepas berikutan perkembangan terbaharu itu, Ahmad Zahid berkata siasatan diteruskan dan mereka yang mempunyai rekod jenayah, akan diambil tindakan undang-undang.
Beliau berkata seramai 9,000 anggota PPS menjalani saringan jenayah, dan polis akan mengumumkan mereka yang terlibat dengan kes jenayah dalam masa terdekat.
Ahmad Zahid turut meminta Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Datuk Acryl Sani Abdullah Sani untuk berbincang dengan semua Ketua Menteri dan Menteri Besar berhubung penubuhan unit Kepolisan Komuniti.
Topic Berkaitan
#ahmad zahid
#KDN
#Kepolisan Komuniti
#Pasukan Peronda Sukarela
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan