KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 15 Nov depan bagi mendengar permohonan kerajaan untuk menggantung perintah mahkamah bahawa bayi yang dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing secara automatik berhak mendapat kerakyatan negara ini.
Peguam Joshua Andran, yang mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama, berkata tarikh itu ditetapkan semasa pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Maslinda Selamat hari ini.
Kerajaan memfailkan permohonan itu sementara menunggu pelupusan rayuannya di Mahkamah Rayuan.
Pada 9 Sept lepas, Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan bahawa bayi yang dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing berhak mendapat kerakyatan negara ini melalui kuat kuasa undang-undang.
Susulan itu, kerajaan telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut .
Melalui saman pemula yang difailkan pada 18 Dis tahun lepas, mereka memohon enam perintah mahkamah termasuk deklarasi bahawa Seksyen 1(b) dan Seksyen 1(c) Jadual Kedua, Bahagian II Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama dengan Perkara 8 (2) bagi memasukkan ibu rakyat Malaysia sebagai syarat untuk bayi yang dilahirkan di luar negara diberikan kerakyatan Malaysia secara automatik.
Antara lain, mereka meminta mahkamah mengeluarkan perintah kepada semua agensi kerajaan berkaitan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen dan kedutaan Malaysia agar mengeluarkan semua dokumen membabitkan kerakyatan (termasuk pasport dan kad pengenalan) kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibunya iaitu warga Malaysia yang berkahwin dengan warga asing.
Mereka menamakan Kerajaan Malaysia, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Pengarah JPN sebagai defendan. Kesemua defendan diwakili Peguam Kanan Persekutuan Liew Horng Bin.
Sementara itu, dalam penghakiman setebal 24 muka surat yang dikeluarkan kepada media hari ini, Akhtar memutuskan bahawa tidak berlaku penyalahgunaan proses mahkamah berhubung tindakan plaintif memfailkan saman itu terhadap defendan dan plaintif mempunyai locus standi untuk berbuat demikian.
"Melalui hujahan lanjut, defendan telah membangkitkan pelbagai isu berkaitan locus standi plaintif dalam tindakan ini. Pertama ialah kerakyatan merupakan satu keistimewaan berbanding hak dan oleh itu, plaintif tidak boleh membuat tuntutan bagi mendapatkan kerakyatan untuk anak mereka.
"Jawapan ringkas mahkamah kepada hujah ini ialah meskipun pemberian kerakyatan adalah satu keistimewaan, ia perlu dilakukan tanpa diskriminasi," kata hakim itu.
Beliau berkata isu kedua yang dibangkitkan oleh defendan ialah individu yang terjejas adalah kanak-kanak yang tidak diberikan kerakyatan dan bukan ibunya, oleh itu wanita terbabit hanya boleh mengambil tindakan bagi pihak anak mereka.
"Mahkamah mengambil maklum bahawa ibu terbabit telah mengetengahkan kesulitan yang terpaksa mereka hadapi apabila anak mereka tidak mendapat kerakyatan negara ini.
"Ini termasuk kemasukan ke sekolah, perbelanjaan tambahan dalam pendidikan, penjagaan kesihatan dan banyak lagi masalah lain. Defendan dalam afidavitnya tidak mencabar perkara ini. Jadi, adalah tidak logik untuk berhujah bahawa hanya anak mereka yang terjejas dan bukan si ibu. Tindakan tidak menyangkal kesulitan yang dihadapi plaintif, defendan menerima kesulitan yang dihadapi ibu terbabit sebagai benar dan bukan rekaan semata-mata," katanya.
MAHKAMAH-KERAKYATAN 4 KUALA LUMPUR
Hakim itu berkata isu ketiga yang dibangkitkan oleh defendan ialah plaintif telah menyalahgunakan proses undang-undang dengan membawa perkara tersebut ke mahkamah hanya selepas permohonan mereka untuk mendapatkan kerakyatan ditolak mengikut Perkara 15 Perlembagaan Persekutuan.
"Hujah ini boleh diketepikan kerana berdasarkan kekuatan hujah defendan sendiri bahawa plaintif terpaksa membawa perkara ini ke mahkamah selepas anak mereka tidak mendapat kerakyatan.
"Sama ada plaintif boleh berjaya dalam tindakan mereka bukan satu kriteria untuk menentukan sama ada mereka mempunyai locus standi atau sebaliknya. Dalam kes ini, mahkamah memutuskan bahawa terdapat isu sah yang perlu diputuskan dan plaintif mempunyai kepentingan dalam keputusan membabitkan kesemua isu ini. Oleh itu, semua plaintif mempunyai locus standi untuk memfailkan saman pemula ini," katanya.
Akhtar juga berkata mahkamah tidak berhasrat untuk meminta Kerajaan Persekutuan mengubah dasarnya dalam memberikan kerakyatan.
"Dasar kerajaan berhubung kerakyatan bayi yang dilahirkan di luar Persekutuan telah diputuskan semasa Perdana Menteri kedua Malaysia," katanya.
MAHKAMAH-KERAKYATAN 5 (AKHIR) KUALA LUMPUR
"Kesulitan yang dihadapi oleh plaintif adalah benar dan defendan tidak sepatutnya membutakan mata serta memekakkan telinga mereka dalam perkara ini dan menyatakan bahawa tidak wujud kesulitan atau diskriminasi.
"Mahkamah sudah menyatakan bahawa diskriminasi terhadap ibu adalah jelas," katanya.
Akhtar juga merumuskan bahawa Perkara 8(2) berhubung kesaksamaan yang melarang diskriminasi berdasarkan jantina turut bermaksud bahawa perkataan 'bapa' dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Jadual Kedua, Bahagian II, Seksyen 1(b) hendaklah merangkumi ibu dan bahawa anak mereka berhak mendapat kerakyatan melalui kuat kuasa undang-undang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 27 2021

Kerajaan memfailkan permohonan itu sementara menunggu pelupusan rayuannya di Mahkamah Rayuan. - Gambar hiasan

PN buat laporan polis isu beras campur
Perikatan Nasional membuat laporan polis berkait isu aktiviti mencampur beras putih import (BPI) dan beras putih tempatan (BPT) seperti dalam kajian MARDI.

Beras tempatan 10kg RM26 mula dijual di Terengganu
Bekalan beras putih tempatan (BPT) bersubsidi pada harga RM26 bagi pek 10 kilogram (kg) mula memasuki pasaran Terengganu.

Harimau kumbang masuk perangkap perhilitan di Kuala Pilah
Seekor harimau kumbang jantan seberat 47.5 kilogram (kg) memasuki perangkap Perhilitan Negeri Sembilan di Kampung Tumang, Johol.

Wanita maut, empat cedera kereta bertembung di Kluang
Seorang wanita maut manakala manakala empat lagi cedera dalam nahas melibatkan dua kenderaan di Jalan Kota Tinggi-Kluang pagi tadi.

Perdagangan sempadan, transit Thailand cecah 145 bilion baht pada Januari
Laos menyumbang nilai perdagangan tertinggi sebanyak 25.228 bilion baht, diikuti Malaysia (24.256 bilion baht).

IMF teruskan kerjasama dengan Ukraine
Kyiv menjangkakan pembayaran selanjutnya sekitar EUR5.4 bilion sebagai sebahagian daripada perjanjian yang dibuat pada 2023.
NATO gesa Zelenskyy baiki hubungan dengan Trump
Ketua NATO, Mark Rutte, pada Sabtu menyatakan bahawa beliau telah menasihati Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, agar mencari jalan untuk memperbaiki hubungannya dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Nasihat itu diberikan susulan pertelagahan mereka dalam satu pertemuan di White House pada Jumaat.
Nasihat itu diberikan susulan pertelagahan mereka dalam satu pertemuan di White House pada Jumaat.

Zarina Zainuddin ambil alih tugas Allahyarham Akiko, sediakan sahur buat Sky
Selepas pemergian Allahyaham Akiko Okumura, tanggungjawab menyediakan sahur kini cuba diambil alih oleh pelakon Zarina Zainuddin yang merupakan anak saudara Ridzokumura.
Penyokong Ukraine protes depan White House
Puluhan penyokong Ukraine mengadakan protes di perkarangan luar White House di Lafayette Square pada Sabtu untuk mendesak Amerika Syarikat (AS) terus menyokong Ukraine.
Johor komited memperluas kerjasama kebudayaan
Pada masa sama, Johor bakal memperluaskan jaringan kerjasama kebudayaan di Asia Tenggara melalui pelbagai program yang dirancang antaranya Wonderful Nusantara Festival.

Isu kerakyatan: Rayuan kerajaan didengar 15 Nov
Kerajaan memfailkan permohonan itu sementara menunggu pelupusan rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Protes isu kerakyatan berterusan, kerajaan India minta sokongan bintang Bollywood
Acara yang dianjurkan oleh dua pemimpin senior dari Parti Bharatiya Janata (BJP) itu bertujuan membincangkan soal salah tanggapan tentang CAA.