Mahkamah Sesyen menetapkan 30 Okt depan sebagai tarikh keputusan kes menghasut Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua berhubung isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.
Hakim Norsharidah Awang menetapkan tarikh itu selepas pendakwaan menutup kes setelah memanggil saksi ketiga iaitu bekas wartawan Keadilan Daily.com Siti Nooraishah Geoffery.
Semalam, mahkamah mendengar keterangan dua saksi pendakwaan iaitu bekas Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Johor Baharu Syed Amirrudin Syed Jaffar, yang membuat laporan polis berhubung artikel yang disiar portal berita itu, dan Pegawai Penyiasat ASP Airy Zaidi Nordin.
Norsharidah mengarahkan kedua-dua pihak mengemukakan hujahan masing-masing sebelum 13 Okt.
Pada prosiding hari ini, Siti Nooraishah, 26, berkata ayat yang terkandung dalam artikel terbabit adalah hasil perbualan telefonnya dengan Anggota Parlimen Batu itu.
-
Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Yusaimi Amer, Siti Nooraishah berkata walaupun tidak sempat menulis setiap perkataan yang disebut Tian Chua namun beliau menulis perkataan yang dirasakan penting.
"Saya ada mengolah sedikit kata-kata beliau..., hanya untuk memastikan susunan bahasa yang betul, tetapi apa yang dikatakan oleh YB seperti mana dinyatakan di pertuduhan, datangnya daripada beliau," katanya.
Beliau berkata hanya perkataan 'tembak-menembak' ditambah oleh subeditor portal berita berkenaan, Norasikin Samsi.
Sementara itu, ketika disoal peguam Latheefa Koya, Siti Nooraishah berkata memang sesuatu artikel kadang-kadang diolah semula oleh editor atau subeditor, namun artikel Tian Chua tidak banyak perubahan semasa dimuat turun pada 1 Mac tahun lepas.
Kepada soalan lain, beliau berkata tidak melakukan semakan dengan Tian Chua berhubung kenyataan yang dibuat ahli politik itu.
Bekas wartawan itu juga menafikan cadangan bahawa terdapat banyak perkataan dalam artikel berkenaan, yang merujuk kepada Tian Chua, bukannya datang daripada tertuduh sebaliknya daripada penulis sendiri.
"Saya hanya memberikan latar belakang serta perkembangan terbaharu mengenai insiden itu dan tidak membuat sebarang pengolahan pada kata-kata Tian Chua," katanya.
Tian Chua, 50, berdepan pertuduhan menghasut dengan membuat kenyataan kononnya pencerobohan di Lahad Datu adalah konspirasi terancang Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Fraser Business Park, Jalan Metro Pudu, off Jalan Yew di sini pada kira-kira 11 pagi 1 Mac lepas mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.
Jika sabit kesalahan, Tian Chua berdepan hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama, dan penjara lima tahun bagi kesalahan seterusnya. -- Bernama
Bernama
Wed Sep 03 2014
Jika sabit kesalahan, Tian Chua (gambar) berdepan hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Dakwa UiTM amal 'aparteid': Pemuda UMNO gerakkan ahli lapor polis terhadap Andrew Sia
Akmal menegaskan, ahli UMNO di seluruh negara juga akan digerakkan untuk membuat laporan sama supaya tindakan dapat diambil.
Che'gu Bard tiba di mahkamah bagi hadapi pertuduhan kes fitnah, hasut
Badrul Hisham, yang memakai baju Melayu berwarna hijau, dibawa oleh pihak polis ke mahkamah dalam keadaan bergari.
Kes hasutan: Keputusan permohonan Sanusi gantung perbicaraan diketahui 2 Feb
Hakim Nor Rajiah dalam keputusannya mengecualikan tertuduh daripada hadir pada tarikh berkenaan dan memaklumkan perbicaraan pada hari ini, esok dan 12 Februari digantikan dengan tiga tarikh baharu.
Warga emas ditahan muat naik hantaran provokasi, hasutan
Suspek warga tempatan berusia 61 tahun yang menggunakan nama akaun Facebook Nong Mazlan itu ditahan di Kampung Hulu, Melaka, semalam.
Cukup-cukuplah Mahathir - Nazri
Mohamed Nazri menjelaskan, perkara itu pernah dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika menjatuhkan Dr Mahathir pada 2020.
Perhimpunan jalanan bukan penyelesaian - Sultan Johor
"Ini bukan cara negara kita... tiada yang menang. Semuanya akan rugi."
Isu kalimah Allah: Polis kenal pasti individu sebar kenyataan berbaur hasutan
Siasatan telah dijalankan pihaknya Sabtu lepas terhadap pemilik akaun Facebook Mujahidah Malaysia.
Buku: Ahmad Maslan buat laporan polis terhadap Tommy Thomas
Beliau mendakwa penulisan yang terkandung dalam buku itu berbaur hasutan dan berniat jahat serta boleh menimbulkan kebencian terhadap pentadbiran negara.
Puluhan akaun Facebook Myanmar diturunkan, didakwa terlibat hasutan, politik perkauman
Sejumlah 36 akaun dan enam laman web yang dikendali sebuah agensi perhubungan awam, Openmind dibuang atas sebab menggunakan identiti palsu dalam usaha mempromosikan kerajaan junta.
Polis siasat individu hina institusi raja, kerajaan
Lelaki dikenali sebagai Ganesparan a/l Nadaraja, 38, beralamat terakhir di P-1-5 RH Pangsa Flat MPS Jalan Tan Sri Manickavasagam, Seremban, Negeri Sembilan.