awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu LGBT: 'Apa yang mereka perjuangkan sebenarnya ialah kebebasan haiwan'

Sinar Harian
Sinar Harian
10/08/2018
00:26 MYT
Isu LGBT: 'Apa yang mereka perjuangkan sebenarnya ialah kebebasan haiwan'
WAN SALIM: Pihak yang menyuarakan kekecewaan dengan tindakan Kerajaan Negeri ini ternyata tidak memahami erti kebebasan. - Gambar fail
Kerajaan Pulau Pinang digesa tidak tunduk dengan desakan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) berhubung potret aktivis berkenaan yang diturunkan dalam festival pameran fotografi 'Stripes and Strokes' di George Town.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, pihak yang menyuarakan supaya gambar itu diletakkan semula merupakan individu yang tidak faham dengan erti sebenar kebebasan.
“Pihak yang menyuarakan kekecewaan dengan tindakan Kerajaan Negeri ini ternyata tidak memahami erti kebebasan.
“Apa yang mereka perjuangkan sebenarnya ialah kebebasan haiwan kerana kebebasan manusia mestilah dibatasi agama dan adat,” katanya kepada Sinar Harian.
Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama), Datuk Mujahid Yusof Rawa mengaku mengarahkan potret aktivis LGBT itu diturunkan sambil menjelaskan hal tersebut berbentuk promosi di mana bertentangan dengan polisi PH berhubung isu LGBT.
BACA: Jangan berkeras dengan LGBT, banyak cara lain lagi
BACA: LGBT perlu hormati hak, sensitiviti golongan majoriti - Fuziah
Pameran bertemakan patriotisme itu menampilkan aktivis Nisha Ayub dan Pang Khee Teik bergambar bersama Jalur Gemilang dan arahan penurunan potret mereka itu dilaporkan diarahkan oleh kerajaan Persekutuan.
Mengulas lanjut, Wan Salim berkata, Islam tidak menentang aktiviti seni tetapi jangan sampai terlepas kendalian agama dan adat.
“Biarlah segala kegiatan seni yang kita lakukan mampu menyumbang kepada pembinaan peribadi dan jati diri bangsa kita, bukan seni yang liar dan tidak bermoral yang boleh membawa bangsa dan negara kita ke jurang keruntuhan,” katanya.
Selepas potretnya diturunkan, Nisha yang merupakan seorang transgender menyifatkan tindakan tersebut tidak selari dengan semangat Malaysia Baharu.
Pengasas bersama Pertubuhan Pembangunan Kebajikan dan Persekitaran Positif Malaysia (Seed Foundation) itu turut mempersoalkan sama ada golongan sepertinya tidak boleh menunjukkan kecintaan kepada negara.
Topic Berkaitan
#biseksual
#gay
#lesbian
#LGBT
#Mufti Pulau Pinang
#potret aktivis
#pulau pinang
#Stripes and Strokes
#transgender
#Wan Salim Wan Mohd Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan