Skip to main content

Malaysia

Isu lighad: Eric See-To dipanggil beri keterangan berhubung hantaran di media sosial

Lim dilapor mempersoal penggunaan perkataan 'lighad' dalam teks ucapan Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada Jumaat. --fotoBERNAMA
Lim dilapor mempersoal penggunaan perkataan 'lighad' dalam teks ucapan Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada Jumaat. --fotoBERNAMA

Advertisement

KUALA LUMPUR: Pempengaruh media sosial Lim Sian See telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields semalam bagi diambil keterangan berhubung hantaran di media sosialnya.

Menurut sumber, Lim atau nama sebenarnya, Datuk Eric See-To kemudian dibawa ke IPD Dang Wangi pada 12.45 tengah malam sebelum kes itu dirujuk ke Bukit Aman.

Sumber itu berkata Lim kemudian telah dibebaskan atas jaminan polis.

Lim dilapor mempersoal penggunaan perkataan “lighad” dalam teks ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2027 di Dewan Rakyat, Jumaat lepas.

Dalam hantaran itu, Lim mempersoal perkataan berkenaan sebelum mengaitkannya secara sinis dengan perkataan lain.

Perkataan “lighad” yang digunakan itu merujuk kepada esok atau masa hadapan, dipetik daripada Surah al-Hasyr ayat 18.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement