KUALA LUMPUR: Segala isu-isu yang tertunggak berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) lulus di peringkat perbincangan dan sudah memasuki fasa pelaksanaan.
Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, apa yang masih diusahakan pada ketika ini adalah berkaitan dengan kerja-kerja menyelesaikan isu teknikal yang dihadapi.
“Pada ketika ini, kita hanya berhadapan dengan isu teknikal, dan kerajaan Sabah akan terus bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan untuk memastikan semua tuntutan kita akan dilaksanakan.
“Dalam mesyuarat ini juga kerajaan Sabah terus menuntut agar rundingan susulan berkaitan formula dan semakan Pemberian Khas serta tuntutan 40 peratus di bawah Perkara 112D, dapat disegerakan.
“Kerajaan Sabah telah menerima nilai pemberian khas baharu (special grants) sebanyak RM125.6 juta untuk tahun 2022 dan seterusnya nilai ini akan meningkat sehingga 2026.
“Walau bagaimanapun, nilai pemberian baharu ini adalah hanya sebagai pembayaran interim kerana kerajaan Sabah dan kerajaan Persekutuan hendaklah terus berunding untuk mendapatkan formula semakan pemberian khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya.
BACA: Negeri atau wilayah tidak jejas status Sabah, Sarawak dalam Malaysia
Beliau berkata demikian menerusi perkongsian di Facebook susulan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 pada Jumaat.
Hajiji juga tetap dengan pendirian untuk menolak Akta Laut Wilayah 2012 yang membataskan sempadan Sabah kepada 3 batu nautika sahaja.
Beliau berpendapat bahawa sempadan Sabah adalah lebih 200 batu nautika selaras dengan The North Borneo (Alteration of Boundaries) Order in Council 1954.
“Akta ini telah mengakibatkan keupayaan Kerajaan Negeri Sabah untuk mengenakan beberapa undang-undang negeri ke atas perkara-perkara yang melibatkan lebih kepada 3 batu nautika.
“Sebagai contoh, pengenaan cukai jualan negeri Sabah serta menghadkan kuasa Pihak Berkuasa Negeri dalam hal-hal berkaitan dengan imigresen.
“Berkenaan dengan pembinaan pusat Kastam, Imigresen, Kuarantin and Keselamatan (CIQS) di Bantul dan Serudong, termasuk pembinaan jalanraya yang menghubungkan Malaysia dan Indonesia melalui Bantul, Pensiangan dan Serudong, Kalabakan, Perdana Menteri telah mengumumkan RM1 billion untuk kerja awalan,” jelas Hajiji.
Kerajaan Sabah pada masa sama percaya dan berkeyakinan, di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tuntutan MA63 oleh Sabah dapat diselesaikan dengan baik dan sesegera mungkin.
“lni adalah demi kebaikan bersama di antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat dalam usaha kita mencipta kemajuan dan kemakmuran di seluruh pelusuk negara demi kesejahteraan seluruh rakyat,” tambahnya.
Astro Awani
Fri Jan 20 2023

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, apa yang masih diusahakan pada ketika ini adalah berkaitan dengan kerja-kerja menyelesaikan isu teknikal yang dihadapi. - Gambar fail/BERNAMA

Kita suka menghukum tanpa mengenali orang lain - Muhammad Faisal
Menurut Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, Muhammad Faisal Abdul Aziz perkara itu boleh diatasi dengan adanya program-program kunjungan dalam konteks agama dan kaum.

Lans Koperal didakwa terima rasuah RM3,500
Ia sebagai dorongan memulangkan semula barang-barang rampasan kes.

Wan Azizah harap Persatuan Pandu Puteri Malaysia terus berkembang
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan terus berkembang.

Lagenda Knicks Willis Reed meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sebelum ini Reed dilaporkan mengalami pelbagai masalah kesihatan berkaitan jantung tahun lepas.

KSM bersedia kendali, stuktur semula program berkaitan TVET
Kementerian Sumber Manusia bersedia memikul tanggungjawab untuk mengendali dan menstruktur semula program berkaitan TVET di negara ini.

Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.

Malaysia raih potensi pelaburan RM24 bilion dari Korea Selatan - MIDA
Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Korea Selatan baru-baru ini, berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM24 bilion bagi Malaysia.

Pengemis 'buta' bertongkat larikan diri diekori JKM
Individu dipercayai menyamar mengalami kecacatan penglihatan itu melarikan diri sebaik sahaja menyedari dirinya diekori.

Iran sedia pulihkan hubungan ekonomi dengan negara Arab
Iran bersedia untuk menyambung semula hubungan ekonomi dengan semua negara Arab di Timur Tengah berikutan perjanjian mengenai pemulihan hubungan diplomatik dengan Arab Saudi baru-baru ini.

Najib masuk hospital akibat jangkitan paru-paru
Datuk Seri Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu, tetapi kini sudah kembali ke penjara.

Sabah lancar Program Oksigen Untuk Rakyat, bantu kurang mampu
Program itu dilaksanakan kerana kerajaan negeri sedar peralatan mesin dan tangki oksigen tidak mampu dimiliki oleh semua pesakit.

Perjelas sebaiknya Malaysia Madani kepada rakyat Sabah - Hajiji
Konsep Malaysia MADANI wajar diperjelas sebaiknya bagi memastikan konsep itu difahami dan memberikan kesan yang terbaik untuk rakyat negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Gagasan Rakyat terima secara rasmi permohonan bekas ADUN Warisan, UMNO
Hajiji berkata, adalah menjadi hak kepada semua ADUN ini untuk menentukan pendirian serta masa depan politik mereka.

Dana usahawan Syabas akan diteruskan - Hajiji
Syabas merupakan inisiatif kerajaan negeri di bawah Kementerian Belia Dan Sukan kepada usahawan belia serta golongan muda yang ingin memulakan perniagaan.

Gagasan Rakyat masih pada tahap merangkak - Penganalisis
Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) yang menjadi landasan baharu politik bekas ahli dan pemimpin BERSATU Sabah masih lagi di tahap 'merangkak'.

Politik Sabah: Gagasan Rakyat dilancar, GRS kini seratus peratus parti tempatan
Majlis perasmian Gagasan Rakyat disempurnakan Ketua Menteri Sabah selaku presidennya, Datuk Seri Hajiji Noor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu.

Hentikan sengketa politik, beri ruang Hajiji majukan Sabah - PM
Tidak sepatutnya politik dijadikan medan permusuhan dan adu domba yang tidak berkesudahan di Sabah, tegas Perdana Menteri.

Penjawat awam diseru bantu kerajaan majukan negeri, sejahterakan rakyat Sabah
Anggota perkhidmatan awam negeri dan Persekutuan diseru untuk terus memberikan sokongan kepada kerajaan negeri Sabah dalam usaha memajukan negeri serta mensejahterakan rakyatnya.

Tuduh GRS beli ADUN adalah tidak benar - Hajiji
Hajiji Noor menyifatkan dakwaan pihak tertentu yang menuduh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong beliau telah dibeli atau disogok sebagai tuduhan tidak berasas.

Sabah tetapkan tujuh keutamaan bangunkan industri kebudayaan - Hajiji
Kerajaan Sabah menetapkan tujuh keutamaan dalam membangunkan bidang kebudayaan di negeri ini yang telah dimulakan sejak 2021 hingga 2030.