KUALA LUMPUR: Isu keperluan menubuhkan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) seperti dicadangkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dibincangkan dalam pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong.
Ahmad Zahid berkata penubuhan MAGERAN adalah sesuatu yang di luar keadaan norma, dan sepatutnya darurat sudah mencakupi langkah yang perlu dilakukan melalui Majlis itu.
Malah, menurutnya, cadangan penubuhan Majlis itu hanya untuk mencapai kepentingan individu tertentu.
“Saya rasakan bahawa perkara itu adalah salah satu daripada keadaan norma yg di luar daripada apa yang sedia ada kerana darurat patutnya mencakupi soal-soal itu.
"Tapi ia telah (cuba) digunakan untuk mencapai tujuan lain,” katanya lagi.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian selepas sesi menghadap Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara sebentar tadi.
Dr Mahathir pada Khamis mencadangkan penubuhan kerajaan atau kuasa baharu sama seperti Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang pernah ditubuhkan pada tahun 1969 semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'​ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Bekas Perdana Menteri itu menjelaskan, penubuhan MAGERAN berjaya memberi penyelesaian kepada situasi politik negara pada suatu ketika dahulu.
BACA: Dr Mahathir usul tubuh MAGERAN semasa menghadap Agong
BACA: Amanah tolak penubuhan MAGERAN - Mohamad Sabu
BACA: PH tolak cadangan Tun M tubuh MAGERAN
BACA: MAGERAN diperlukan untuk selesai pelbagai krisis negara - Veteran UMNO
Firdaus Azil
Fri Jun 11 2021

Ahmad Zahid berkata penubuhan MAGERAN adalah sesuatu yang di luar keadaan norma, dan sepatutnya darurat sudah mencakupi langkah yang perlu dilakukan melalui Majlis itu. -Astro AWANI/Shahir Omar

MP Labuan Rozman Isli gagal batal pertuduhan guna kedudukan dapatkan kontrak
Mahkamah menolak permohonan Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapinya iaitu menggunakan kedudukan bagi mendapatkan kontrak pekerjaan.

Wanita mengaku tidak bersalah abai tiga anak selama empat bulan
Seorang pembantu am sekolah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan mengabaikan tiga anak kandungnya selama empat bulan, tahun lalu.

COVID-19: Satu pertiga kes positif sejak Jun 2022 didominasi sub-varian BA.5
Satu pertiga atau 32.8 peratus jumlah kes positif COVID-19 dikesan sejak Jun lalu di Sarawak adalah melibatkan sub-varian Omicron BA.5.

Transformasi eksport mineral mentah kepada produk separa siap, produk akhir
Usaha ini adalah penting dalam memastikan pembangunan industri NR-REE di Malaysia tidak terhenti di peringkat huluan sahaja.

Tidak perlu tambat ringgit kepada dolar AS, asas ekonomi kukuh sokong nilai ringgit - Tengku Zafrul
Bukan satu dasar yang terbaik untuk ekonomi negara sekiranya sandaran tambatan ringgit dilaksanakan.

Kekurangan Petrol | Syarikat minta orang awam kurangkan pembelian petrol
Syarikat petrol Hungary dan pembekal utama stesen minyak negara itu merayu kepada orang awam agar mengurangkan pembelian petrol mereka. Ini susulan kebimbangan kekurangan bekalan petrol selepas pengendalian saluran paip Rusia, Transeft berkata akan menghentikan penghantaran melalui cawangan selatan saluran paip minyak Druzhba yang melalui Ukraine ke Republik Czech, Slovakia dan Hungary.

Bot Karam | Pencarian dua lagi mangsa bot karam diperluas
Wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali melaporkan, operasi mencari dan menyelamat dua lagi mangsa bot karam di perairan Pulau Redang sejak Isnin lalu terus dipertingkatkan dengan skala yang lebih besar.

RUU Antigangguan Seksual lindungi wanita dan juga lelaki - Zurainah
Senator Datuk Seri Zurainah Musa berkata, RUU AGS bukan sahaja untuk melindungi wanita sahaja tetapi juga lelaki selain menjelaskan wanita mahu layanan saksama dalam isu berkenaan.

Malaysia-Jepun | PM gesa teroka kerjasama bidang baharu ESG
Kerajaan menggesa agar bidang-bidang kerjasama baharu berkaitan inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dapat diterokai oleh Malaysia dan Jepun melalui projek dan program yang dilaksanakan di bawah Dasar Pandang ke Timur (DPT). Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia termasuk mempelbagaikan kerjasama dalam bidang krisis bencana, masyarakat menua, ekonomi digital, sains, teknologi dan inovasi serta pertumbuhan hijau.

Pesawat ringan terhempas ketika mendarat cemas di lebuh raya
Ketika pesawat itu mahu mendarat, lebuh raya berkenaan dipenuhi dengan banyak kenderaan.

Saiz Kabinet patut kecil, pamer kewibawaan - Penganalisis
Kabinet yang kecil tidak mustahil untuk dibentuk sekiranya semua ahli yang menganggotai memiliki keazaman politik untuk memenuhi keperluan rakyat.

MPN yakin Agong dapat tangani kemelut politik
Majlis Profesor Negara (MPN) berpendapat segala persoalan itu dapat diselesaikan atas kebijaksanaan dan kearifan Yang di-Pertuan Agong.

Sikap ahli politik punca jika kerajaan bertukar sekalipun situasi tetap sama - Peguam
Tidak bertolak ansur antara satu sama lain dan melompat parti menjadi punca gangguan politik berterusan.

COVID-19: Semua pihak perlu bekerja sebagai sebuah pasukan - Gabungan Melayu Islam
Parti-parti politik dari pihak kerajaan, pembangkang dan blok bebas diseru agar bekerjasama memulihkan negara daripada pandemik COVID-19.

Tun Mahathir sanggup keluar Pejuang jika diberi peranan tangani COVID-19
Ahli Parlimen Langkawi itu turut mahu memberikan komitmen sepenuhnya dalam menyelesaikan masalah berkaitan COVID-19.

Pejuang aju persoalan mengenai Pelan Pemulihan Negara
Kerajaan harus lebih peka terhadap risiko melonggarkan PKP terlalu awal. Nyawa rakyat haruslah diutamakan sebelum ekonomi.

Majlis Pemulihan Negara bantu struktur semula politik - Mukhriz
Mukhriz berkata, beliau impikan suasana politik yang tidak toksik, dengan parti yang memerintah dan yang membangkang tidak bertelagah seolah hilang kewarasan.

'Saya cuma mahu beri sumbangan kepada negara, bukan nak jadi PM lagi' - Dr Mahathir
Dr Mahathir juga menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri sekali.

Selamatkan negara bukan selamatkan mana-mana individu - Anwar
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan sebagai sebuah negara demokratik, Malaysia tidak seharusnya mengambil langkah yang salah.

9 cadangan kepada Agong: Segera tamatkan darurat, tolak MAGERAN - UPKO
UPKO menolak penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), seperti yang dicadangkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.