KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini menolak cadangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk diwujudkan kembali Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).
Dalam satu kenyataan hari ini, PH berkata cadangan itu bertentangan dengan prinsip mereka selaku parti yang menjunjung demokrasi berparlimen.
Tegas mereka lagi, apa yang diperlukan negara ini ialah pembukaan kembali sidang Parlimen bagi membincangkan isu berkaitan politik dan COVID-19.
“Pakatan Harapan menolak cadangan MAGERAN ini berdasarkan pendirian konsisten kami bahawa darurat perlu ditamatkan segera dan Parlimen perlu dibuka semula sekarang.
“Penyelesaian kepada masalah rakyat dalam isu COVID-19, ekonomi, malah juga politik memerlukan demokrasi berfungsi dengan baik, dan ruang terbaik untuk mendengar suara rakyat serta mencari penyelesaian ialah di Parlimen,” menurut kenyataan itu lagi.
Kenyataan tersebut ditandatangani Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu, dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Semalam, Dr Mahathir telah mencadangkan penubuhan kerajaan atau kuasa baharu sama seperti Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang pernah ditubuhkan pada tahun 1969 semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Bekas Perdana Menteri itu menjelaskan, penubuhan MAGERAN berjaya memberi penyelesaian kepada situasi politik negara pada suatu ketika dahulu.
Astro Awani
Fri Jun 11 2021
Majlis Presiden PH menolak cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk diwujudkan kembali Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Majlis Pemulihan Negara bantu struktur semula politik - Mukhriz
Mukhriz berkata, beliau impikan suasana politik yang tidak toksik, dengan parti yang memerintah dan yang membangkang tidak bertelagah seolah hilang kewarasan.
9 cadangan kepada Agong: Segera tamatkan darurat, tolak MAGERAN - UPKO
UPKO menolak penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), seperti yang dicadangkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
MAGERAN: Majlis Pemulihan Negara bukan untuk ganti kerajaan sedia ada - Tun Mahathir
Tun Mahathir berkata, nama-nama calon Majlis akan dipersembahkan jika Agong dan Raja-raja Melayu perkenan terhadap penubuhannya.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 10 Jun 2021.
Amanah tolak penubuhan MAGERAN - Mohamad Sabu
Mohamad Sabu berpendapat Mageran seperti satu lagi siri darurat yang jelas tidak berkesan dalam memerangi pandemik.
Agong tanya bila waktu sesuai adakan PRU15 - Dr Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah bertanya kepadanya mengenai waktu yang sesuai bagi negara mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dr Mahathir usul tubuh MAGERAN semasa menghadap Agong
Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan penubuhan kerajaan atau kuasa baharu sama seperti Majlis Gerakan Negara (Mageran) yang pernah ditubuhkan pada tahun 1969 semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Tidak pernah tuntut MAGERAN, bertentangan desakan UMNO - Asyraf Wajdi
Sekiranya benar tuntutan itu dibuat UMNO, ia secara jelas bertentangan dengan pendirian yang diputuskan iaitu untuk menamatkan darurat.
Tubuh MAGERAN? 'Keadaan sekarang jauh berbeza dengan Darurat Keselamatan 1969' - Ketua Setiausaha Sulit PM
Malaysia perlu tubuh Mageran? Darurat sekarang jauh berbeza dengan Darurat Keselamatan 1969 - Ketua Setiausaha Sulit PM