Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengatakan beliau tidak ingat apakah bekas timbalannya, Tun Musa Hitam ada menasihati beliau supaya menangguhkan lawatan kerja ke China susulan insiden berdarah di Memali pada 19 November 1985.
Dr. Mahathir berlepas ke Beijing untuk lawatan negara sehari selepas kejadian itu.
"Saya tidak ingat yang Tun Musa datang berjumpa saya untuk saya tidak pergi ke Beijing tetapi beliau berada di lapangan terbang bersama dengan ramai orang yang ingin ucap selamat pemergian saya ke Cina.
"Di waktu itu pun saya tidak ingat yang Tun Musa menasihat supaya saya tidak pergi luar negeri," katanya dalam satu makalah di blognya, chedet.cc.
Beliau juga yakin Musa sebagai Timbalan Perdana Menteri dapat menangani keadaan sebagai pemangkunya dan sepanjang berada di luar negara, tidak ada apa-apa yang berlaku yang tidak boleh ditangani oleh timbalannya itu.
Dr. Mahathir menulis makalah itu sebagai menjawab kenyataan Musa baru-baru ini bahawa bekas Perdana Menteri itu berada di tanahair semasa kejadian Memali dan beliau bukan memangku tugas Perdana Menteri.
Forum
Isu siapa yang ada dan tidak ada di dalam negara pada masa kejadian Memali timbul semula selepas Musa dalam satu forum di Kota Bharu, Kelantan pada 27 Mac lepas mendedahkan bahawa Dr. Mahathir berada di Kuala Lumpur "dua tiga hari" selepas insiden itu berlaku.
Dalam satu penjelasan lebih kurang seminggu selepas forum itu, Musa berkata beliau memohon Dr Mahathir supaya menangguhkan lawatan ke China selepas kejadian tersebut antara lain dengan alasan ia memperlihatkan beliau mengambil berat peristiwa yang telah berlaku apatah lagi ia berlaku di Kedah, negeri Dr. Mahathir sendiri.
Menurut Dr. Mahathir, soal beliau kononnya tidak ada dalam negeri semasa kejadian itu bukan disebarkan oleh dirinya sendiri. Malah kata beliau, dalam bukunya -- merujuk kepada memoirnya, A Doctor in the House yang juga diterjemahkan dengan judul Doktor Umum -- beliau tidak sebut perkara itu.
Jelas Dr. Mahathir, apa yang diketahui umum ialah Musa pada masa itu merupakan Menteri Dalam Negeri yang juga Timbalan Perdana Menteri.
"Sebagai Menteri Dalam Negeri rundingan dan laporan oleh Ketua Polis Negara dibuat kepadanya. Menteri Dalam Negeri juga terlibat dalam memutuskan tindakan yang diambil.
"Jika hanya apabila semua berjalan dengan baik pengakuan bertanggungjawab dibuat, tentulah ini kurang manis," katanya.
Kabinet
Menurut Dr. Mahathir, semasa beliau jadi Perdana Menteri, masalah keselamatan negara dipikul bersama oleh beliau dengan Timbalan Perdana Menteri dan antara mereka, masing-masing memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan atau Menteri Dalam Negeri.
"Amalan ini disebabkan soal keselamatan negara begitu penting," katanya.
Dr. Mahathir juga menarik perhatian kepada tugas Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab atau sekurang-kurangnya merestui tindakan terhadap ancaman keselamatan negara yang besar.
"Tun Musa telah akui beliau bertanggungjawab. Dalam sistem kabinet yang kita amalkan semua anggota kabinet, terutama Perdana Menteri bertanggungjawab," katanya.
Dr. Mahathir juga mempertahankan Musa apabila berkata beliau tidak fikir Musa telah meramalkan akan berlaku kehilangan nyawa dalam kejadian di Memali hasil keputusannya sebagai Menteri Dalam Negeri.
Pada pagi 19 November 1985 itu, polis membuat operasi di Memali untuk menahan Ibrahim Mahmood atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa terlibat dalam kegiatan memecah-belahkan umat Islam.
Dalam serbuan itu, empat anggota polis terbunuh bersama-sama 14 penduduk kampung termasuk Ibrahim.
"Harus diingat bahawa anggota polis dibunuh sebelum polis menembak balas. Amat malang sekali sementara kematian Ibrahim dan pengikutnya diingati, bahkan dilaung sebagai syahid, kematian anggota polis yang menjaga keselamatan kita dilupakan," kata Dr. Mahathir.
Bekas Perdana Menteri itu juga mengakui kejadian itu tidak sepatutnya berlaku tetapi beliau bertanya apakah ia harus dibiarkan melarat sebelum diambil tindakan.
Dewan Rakyat pada Rabu menolak usul yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar supaya kertas putih berhubung peristiwa Memali ditarik balik.
Astro Awani
Thu Apr 10 2014
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
UMNO Selangor perlu berubah -- Dr. Mahathir Mohamad
Dr. Mahathir Mohamad menggariskan tiga perubahan yang perlu dilakukan oleh UMNO Selangor untuk kembali memenangi hati rakyat.
ABIM minta Dr. Mahathir tarik kenyataan dan bertaubat
Sebagai pemimpin dunia Islam yang disegani, bekas Perdana Menteri itu sepatutnya berhati-hati mengulas soal perundangan syariah, kata ABIM.
Isu Memali: Dr. Mahathir jawab Musa Hitam
Dr. Mahathir kata beliau tidak ingat apakah bekas timbalannya itu menasihati beliau supaya menangguhkan lawatan kerja ke China.
Kenapa Musa Hitam buka semula cerita Memali?
Sejarah yang betul itu penting bagi Musa kerana ia melibatkan nama baiknya. Tetapi apakah ertinya kepada sejarah negara ini?
Musa Hitam perjelaskan lagi isu Dr M dan Memali
Kenyataan media Tun Musa Hitam berhubung isu Memali susulan majlis diskusi anjuran kerajaan negeri Kelantan bertemakan Politik Malaysia: Dahulu dan Sekarang
MH370: Tun M pertahan usaha pihak berkuasa Malaysia
Katanya, mengkritik memang mudah tetapi apa yang berlaku tidak pernah terjadi sebelum ini.
Anti Hadis
Tun Dr. Mahathir Mohamad yang baru-baru ini dilabel sebagai penyokong Kassim Ahmad memberikan pandangannya tentang isu anti hadis.
Berlaku adillah kepada barangan dan pekerja kita
Tun Dr. Mahathir Mohamad menulis tentang sikap rakyat tempatan kepada kereta nasional, Proton.
BN boleh kalah PRU-14 kalau perkenal semula ISA, kata Saifuddin Abdullah
Bekas Ahli Parlimen Temerloh itu berpendapat cadangan mewujudkan semula ISA itu menggambarkan pemikiran yang terkepung.
Mustahil ISA diperkenalkan semula, kata Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid berkata kerajaan bagaimanapun sedia meneliti semula undang-undang sedia untuk penambahbaikan demi keselamatan negara.