KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu merangka polisi dan program yang berkesan dalam membantu golongan miskin bandar menambahkan pendapatan mereka ketika dunia berdepan ekonomi mencabar tahun ini.
Menurut Penyelidik Kemiskinan, Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia, Profesor Madya Zumilah Zainalaludin, setiap program yang dilakukan selama ini perlu dinilai semula keberkesanannya dalam membantu golongan rentan itu.
"Dalam soal sebarang keberkesanan (program), kita panggil sebagai audit atau penilaian kepada polisi dasar program telah kita buat selama ini.
"Apakah yang kita telah buat itu berkesan? kalau tidak, kenapa? Jika berkesan, mengapa? Ini penting, sebab banyak dasar yang telah dibuat oleh negara.
"Bagaimanapun, ada di antaranya memerlukan penambahbaikan, ada satu kelompongan penilaian. Persoalannya apakah program selepas ini gagal atau berjaya? Kalau berjaya, berapa peratus kejayaan dan di manakah ruang perlu dibaik pulih?" soal Zumilah.
Beliau berkata demikian ketika diwawancara dalam slot Pantau Kerajaan Baharu terbitan Astro AWANI, pada Rabu.
Tambah Zumilah, pelbagai faktor menjadi punca kemiskinan bandar itu terus berlarutan terutama kos sara hidup yang meningkat disebabkan inflasi.
Selain tahap pendidikan, tegas beliau, terdapat pelbagai punca lain yang menyebabkan kemiskinan bandar berlaku.
"Dari segi penyelidikan faktor jelas dikatakan tahap pendidikan, status perkahwinan… masalah berkaitan dengan kemiskinan itu lebih besar.
"Cara mudah kita nak ukur, kita ambil RM4,500 (pendapatan isi rumah sebulan), kalau kita ambil satu pertiga RM1,500 secara purata untuk lima orang, RM300 orang perbelanjaan seorang sebulan.
"Jadi dalam sebulan RM10 sehari seorang untuk perbelanjaan makanan, itu mudah kita congak. Kalau makan di warung RM10 sehari, paling kurang tiga kali makan sarapan, tengah hari dan malam," jelas beliau.
Mengulas lanjut, tambah Zumilah, isu pendayaupayaan juga perlu diberi perhatian terutama kepada warga kota yang berhijrah dari kawasan luar bandar.
"Isu pendayaupayaan, kita kena daya upayakan mereka, kita lihat apakah mereka tidak berdaya, padahal mereka perlu lihat bandaraya merupakan lubuk peluang, kenapa mereka nampak sebaliknya?
"Jawapan paling mudah untuk golongan itu, mereka rentan, kumpulan rentan memerlukan program berbeza, kaedah berbeza, kalau mereka memang tidak boleh melibatkan diri peniagaan pendapatan.
"Kedua, kita lihat golongan kurang tahu tentang peluang, mereka ini siapa, contoh mereka berhijrah dari desa ke bandar," ujarnya lagi.
Justeru, program bersasar, jelasnya perlu diberi penekanan dalam membantu golongan terbabit.
"Saya percaya apa pun program dilakukan perlu bersasar, siapakah sasaran kita maksudkan, kerana kaedah A tidak berkesan untuk sasaran B, sebagai contoh.
"Kita perlu jelas, golongan rentan pun ada banyak kategori dan perbezaan," ujar Zumilah lagi.
Fareez Azman
Wed Feb 01 2023
Kerajaan perlu merangka polisi dan program yang berkesan dalam membantu golongan miskin bandar menambahkan pendapatan mereka ketika dunia berdepan ekonomi mencabar tahun ini. - Gambar hiasan
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Teliti semula pengelasan pendapatan isi rumah bagi elak keciciran subsidi petrol
Kerajaan diminta meneliti semula pengelasan pendapatan isi rumah bagi mengelakkan keciciran pemberian bantuan dan subsidi petrol, kata Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
Pembangunan di Sabah, Sarawak harus dipergiat untuk rapatkan jurang kurangkan ketidaksamaan sosioekonomi
Pembangunan di Sabah dan Sarawak harus dipergiat untuk merapatkan jurang serta mengurangkan ketidaksamaan sosioekonomi khususnya dalam kalangan Bumiputera di kedua-dua negeri.
Basmi kemiskinan, kerajaan fokus tingkat pendapatan isi rumah - Rafizi
Kerajaan kini memberi fokus pada meningkatkan pendapatan isi rumah dan pembasmian kemiskinan akan menyusul (selepas itu), kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Kerajaan tumpu usaha seimbangkan inflasi, pendapatan isi rumah - Rafizi
Langkah memperkenalkan dasar gaji progresif bagi sektor awam dan swasta merupakan salah satu usaha untuk mengawal keseimbangan inflasi.
Pendapatan isi rumah di Sarawak catat trend menaik - Abang Johari
Dalam tempoh tiga tahun, purata pendapatan isi rumah kasar bulanan Sarawak tumbuh 8.4 peratus, meningkat kepada RM6,457 pada 2022.
Abang Johari optimis pendapatan isi rumah Sarawak meningkat sebelum 2030
Menerusi projek metanol yang bakal beroperasi awal tahun depan, sektor pembuatan dijangka mengalami lonjakan.
Kerajaan wujudkan PADU, perkemas maklumat pelaksanaan subsidi bersasar - PM Anwar
Kerajaan mewujudkan Pangkalan Data Utama (PADU) isi rumah dalam menggabungkan maklumat sosio ekonomi setiap isi rumah bagi memperkemas pelaksanaan subsidi bersasar.
Isu miskin bandar: Polisi dan program kerajaan perlu berkesan bantu golongan rentan - Pakar
Setiap program yang dilakukan selama ini perlu dinilai semula keberkesanannya dalam membantu golongan rentan.
Pertingkat keupayaan pendapatan isi rumah, perkasa tenaga buruh
Keupayaan pendapatan isi rumah merupakan antara aspek yang perlu diberi tumpuan bagi membolehkan sektor lain digerakkan.