awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu murtad: Bukan bidang kuasa mahkamah sivil - Hakim

Bernama
Bernama
12/07/2022
21:00 MYT
Isu murtad: Bukan bidang kuasa mahkamah sivil - Hakim
Hakim berkata mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 121 (1A) mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa berhubung sebarang perkara dalam bidang kuasa mahkamah syariah. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa tiada bidang kuasa mahkamah sivil untuk menyemak keputusan mahkamah syariah dalam soal permohonan untuk keluar daripada agama Islam.
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid memutuskan demikian melalui e-mel pada 15 Jun lalu selepas menolak permohonan seorang wanita berusia 32 tahun untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman untuk murtad bagi menganuti ajaran Buddha dan Konfusianisme.
Dalam alasan penghakiman secara bertulis penuh yang diperoleh media semalam, Ahmad Kamal berkata mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 121 (1A) mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa berhubung sebarang perkara dalam bidang kuasa mahkamah syariah.
Katanya, intipati kes ini ialah permohonan wanita itu untuk semakan kehakiman terhadap keputusan mahkamah syariah yang telah menolak permintaannya untuk meninggalkan agama Islam.
Hakim itu berkata mahkamah syariah tidak salah dan tidak bertindak ultra virus dalam memutuskan permohonan wanita itu dan keputusan itu juga tidak menyalahi undang-undang.
"Bagi saya, tidak kira apa keputusan itu tetapi isu paling penting ia bukan bidang kuasa mahkamah sivil untuk mendengar perkara dalam bidang kuasa mahkamah syariah atau menyemak semula keputusan mahkamah syariah berhubung kes permohonan murtad," katanya.
Pemohon tersebut adalah anak kepada seorang bapa mualaf dan ibu kelahiran Islam.
Wanita itu memohon perintah daripada Mahkamah Tinggi Syariah pada 2018 untuk mendapatkan perintah keluar daripada Islam.
Mahkamah tersebut kemudian memerintahkan wanita itu menghadiri 12 sesi kaunseling sebelum menolak permohonan untuk keluar daripada agama Islam pada 27 Julai 2020.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#murtad
#Mahkamah Tinggi
#mahkamah sivil
#mahkamah syariah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan