awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Norizam bersama FAM, MFL selesai

Bernama
Bernama
22/01/2021
23:06 MYT
Isu Norizam bersama FAM, MFL selesai
Satu pertemuan diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam bagi menyelesaikan kes perang mulut antara Norizam (tiga kanan) dan FAM dan MFL. - Facebook FAM
KUALA LUMPUR:Pertikaman lidah antara pemilik kelab bola sepak Kelantan (Kelantan FC) Norizam Tukiman dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) akhirnya selesai menerusi satu pertemuan di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
FAM dalam hantaran terbaharu menerusi laman Facebooknya semalam, memaklumkan pertemuan lebih sejam itu dihadiri Timbalan Presidennya Datuk Mohd Yusoff Mahadi, Naib Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Ab Ghani Hassan, Setiausaha Agung FAM Stuart Ramalingam, Norizam serta wakil Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) diketuai naib presidennya, Ahmad Muzakkir Hamid.
Perang mulut antara Norizam dengan FAM dan MFL sebelum ini dipercayai tercetus selepas terdapat laporan mendakwa Kelantan FC boleh dikenakan pemotongan tiga mata akibat masalah tunggakan gaji pemain, sekali gus menimbulkan tidak puas hati Norizam yang bertindak membidas badan induk bola sepak itu.
Stuart, bagaimanapun menafikan bahawa Kelantan FC bakal dipotong tiga mata.
Selain itu, Norizam turut dilapor membangkitkan beberapa isu termasuk bayaran hak penyiaran Liga Malaysia (Liga-M) serta elaun pengadil yang belum dibayar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FAM
#KAFA
#bola sepak
#MFL
#gaji
#Persatuan Bola Sepak Malaysia
#Kelantan FC
#Norizam Tukiman
#perang mulut
#pemotongan tiga mata
#tunggakan gaji
#hak penyiaran
#Liga-M
#elaun pengadil
#pertikaman lidah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan