awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu orang utan: Video ucapan Zuraida disunting di luar konteks

Sinar Harian
Sinar Harian
20/01/2022
23:45 MYT
Isu orang utan: Video ucapan Zuraida disunting di luar konteks
Rakaman video ucapan Zuraida yang tular berhubung isu orang utan disunting di luar konteks. -Gambar fail/Astro AWANI
PUTRAJAYA: Rakaman video ucapan Menteri Perladangan, Perusahaan dan Komoditi (KPPK) Datuk Zuraida Kamaruddin yang tular berhubung isu orang utan disunting di luar konteks.
Pejabat Zuraida dalam kenyataannya memaklumkan, ucapan tersebut dibuat oleh menteri itu dibuat di dalam majlis tertutup anjuran Majlis Minyak Sawit Malaysia.
"Dalam ucapannya, Zuraida berkongsi pengalaman semasa beliau mengadakan lawatan ke Arab Saudi baru-baru ini," katanya pada Khamis.
Menurut pejabat itu, isu orang utan dibangkitkan dalam ucapan adalah untuk mendapat perhatian agensi berkaitan mengkaji lebih lanjut habitat dan tabiat hidup spesis itu selaras dengan matlamat mampan negara untuk mempromosikan biodiversiti.
"Hasil kajian itu akan dikemukakan kepada pihak berkepentingan di peringkat antarabangsa seperti Kesatuan Eropah yang mana berlaku kempen anti minyak sawit," katanya.
Ujar pejabat Zuraida, tindakan pihak tertentu yang menyunting rakaman ucapan tersebut telah menjejaskan usaha kementerian dalam mempromosikan minyak sawit.
Sehubungan itu, katanya pengguna media sosial diminta untuk menghentikan perkongsian kandungan rakaman tersebut.
"Ia hanya merendahkan semangat kakitangan kementerian dan agensi yang bertungkus-lumus mempromosikan minyak sawit," katanya.
Sebelum ini, rakaman tersebut menjadi perhatian warga maya apabila Ahli Parlimen Ampang itu mempertahankan industri minyak sawit yang tidak mengancam populasi orang utan di Malaysia.
“Perkara lain yang saya dapati semasa berada di Mekah, saya baru pulang dari umrah.
"Saya bercakap dengan duta kita di sana, jadi dia beritahu saya bahawa di sekolah-sekolah di negara Arab yang pelajarnya pergi, buku-buku menceritakan hal buruk tentang minyak sawit kita kerana kita membunuh orang utan.
"Saya beritahu dia, di Malaysia, kalau awak nampak orang utan, orang utan akan bunuh awak dulu, bukan awak bunuh orang utan dulu, kan?” katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Zuraida Kamaruddin
#Orang Utan
#Majlis Minyak Sawit Malaysia
#industri minyak sawit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan