awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR pertimbang lanjutan enam bulan projek WISE
Gudang terbakar, 76.8 tan limau mandarin musnah
Ketua panel Gaza sifatkan kehilangan nyawa "menyayat hati", gesa patuhi gencatan senjata
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu pasca-COVID-19, pengambilan tanah punca utama kelewatan LTU - Nanta

Bernama
Bernama
22/06/2023
07:14 MYT
Isu pasca-COVID-19, pengambilan tanah punca utama kelewatan LTU - Nanta
Nanta (foto) berkata kekurangan pekerja dan kenaikan harga barang binaan turut menjadi punca kelewatan pembinaan projek berkenaan yang melibatkan enam pakej dari Kelantan ke Pahang sejauh lebih 300km. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Punca utama kelewatan pembinaan Projek Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU) ialah isu pengambilan tanah dan pasca-COVID-19, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata kekurangan pekerja dan kenaikan harga barang binaan turut menjadi punca kelewatan pembinaan projek berkenaan yang melibatkan enam pakej dari Kelantan ke Pahang sejauh lebih 300 kilometer.
"Sebenarnya kelewatan ini sedikit sahaja iaitu 55.36 peratus berbanding 56.75 peratus unjuran. Jadi sedikit sahaja kelewatannya," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Mohd Apandi Mohamad berkenaan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelewatan beberapa segmen projek LTU dan tidak mengikut jadual.
Nanta berkata pihaknya juga telah mengambil tindakan bagi mengatasi isu itu dengan mengadakan tadbir urus bersama agensi terlibat seperti Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian serta pihak berkaitan kerajaan negeri.
"Selain itu, kerajaan juga telah meluluskan permohonan perubahan harga ataupun variation of price (VOP) bagi membantu kontraktor menangani kenaikan harga barang," katanya.
Sementara itu, Nanta berkata laluan Seksyen 5B LTU dari Kampung Orang Asli Sungai Chandan ke Kampung Asap serta Seksyen 5A Persimpangan Krau, Raub akan dibuka untuk laluan kenderaan pada 26 Jun ini.
"Dijangka 500,000 kenderaan akan melalui laluan ini sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang menjelang tiba dan pengguna dapat menikmati penjimatan masa hingga 40 minit pada waktu puncak kerana tidak perlu lagi melalui Bandar Bentong dan Raub.
"Keseluruhan jajaran Lingkaran Tengah Utama LTU dijangka dapat digunakan sepenuhnya oleh orang awam pada 2026," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Alexander Nanta Linggi
#Projek Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama
#LTU
#kekurangan pekerja dan kenaikan harga barang binaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan