Isu pelaksanaan hudud di negara ini harus berakhir dengan sokongan dua-dua belah jurang politik kerana ia tidak akan sekali-kali mendapat kata sepakat, menurut Pemuda MCA.

Ketuanya Chong Sin Woon turut menyeru pemimpin-pemimpin negara untuk menumpukan perhatian keatas "isu yang lebih penting " termasuk isu-isu seperti kekurangan air dan banjir kilat di Selangor.

"Kami percaya bahawa pemimpin dari kedua-dua belah jurang politik harus menghentikan isu pelaksanaan hudud di negara ini.

"Kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat perlu menghentikan membincangkan isu hudud ini dan biarkan ia lenyap selama-lamanya," kata Senator itu.

Chong mengulas kenyataan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke yang menyeru agar PAS menarik diri daripada Pakatan Rakyat sekiranya parti Islam itu berkeras untuk melaksanakan hudud kerana ini bukan satu kesepakatan dalam Pakatan Rakyat.

Pemuda MCA turut menyokong penuh amaran Loke kepada PAS.

"Walaupun politik kami (MCA dan DAP) berbeza, kami berpendapat bahawa ini (meninggalkan Pakatan) adalah tindakan yang betul dan perkara yang baik untuk dilakukan, dan kami berharap bahawa ini adalah pendirian yang turut diambil bukan sahaja oleh YB Anthony Loke sendiri, tetapi pendirian yang sama oleh DAP dan PKR juga."

"Dalam nada yang sama, Pemuda MCA ingin menyatakan bahawa ia tidak pernah, dan ia tidak akan menjadi kesepakatan dalam parti-parti gabungan Barisan Nasional untuk melaksanakan hudud ," katanya.

Chong menjelaskan bahawa apa-apa persetujuan telah lama dicapai oleh komponen Barisan Nasional -- UMNO , MCA dan MIC pada tahun-tahun Malaysia diasaskan di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman.

Ini ditunjukkan melalui Memorandum Perikatan Suruhanjaya Reid pada tahun 1956, dan "ini masih merupakan konsensus bersama, semangat dan prinsip yang akan ditegakkan oleh Barisan Nasional"

"Mari kita berhenti membuang masa mengenai isu-isu remeh-temeh," kata Chong.