awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu pengampunan Anwar: Tiada siapa boleh persoal keputusan Agong - MPN

Bernama
Bernama
26/02/2015
23:43 MYT
Isu pengampunan Anwar: Tiada siapa boleh persoal keputusan Agong - MPN
NIK AHMAD KAMAL: Semua pihak perlu menghormati keputusan yang akan dibuat kelak
Tiada siapa berhak mempersoalkan keputusan yang akan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong berhubung petisyen pengampunan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata sama ada keputusan yang akan dibuat kelak memihak Ketua Pembangkang itu atau tidak, semua pihak perlu menghormatinya.
"Institusi raja dibenarkan oleh Perlembagaan untuk mendengar dan membuat keputusan berkaitan petisyen pengampunan yang dibuat oleh seseorang individu. Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicaranya tersendiri.
"Apabila keputusan telah dibuat, mana-mana pihak tidak boleh persoalkannya. Adalah tidak adil untuk dipertikaikan," katanya kepada Bernama pada Khamis.
Beliau berkata demikian mengulas petisyen pengampunan yang dikemukakan keluarga Anwar kepada Yang di-Pertuan Agong pada Selasa berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atas Anggota Parlimen Permatang Pauh itu.
Pada 10 Feb, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhir Anwar dan mengekalkan hukuman penjara kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Nik Ahmad Kamal, yang juga Penasihat Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkata petisyen pengampunan hanya boleh dikemukakan selepas seseorang individu itu melalui semua proses perundangan di negara ini.
Beliau berkata lazimnya petisyen pengampunan yang dikemukakan seseorang individu bertujuan mengurangkan hukuman atau menghapuskan terus hukuman ke atas dirinya.
"Bagaimanapun ia bergantung kepada petisyen pengampunan itu sama ada mahu hukuman dikurangkan atau dihapuskan hukuman," katanya.
Nik Ahmad Kamal berkata sekiranya petisyen pengampunan itu diluluskan, ia membolehkan Anwar kembali aktif dalam politik sekaligus mengenepikan larangan berpolitik selama lima tahun selepas disabitkan bersalah oleh mahkamah.
Topic Berkaitan
#Agong
#Anwar Ibrahim
#MPN
#pengampunan
#petisyen
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan