awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu penutupan taska: KPWKM teliti, bincang SOP dalam mesyuarat MKN esok - Ismail Sabri

Isabelle Leong
Isabelle Leong
09/11/2020
15:08 MYT
Isu penutupan taska: KPWKM teliti, bincang SOP dalam mesyuarat MKN esok - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata perkara yang menyukarkan ibu bapa bekerja sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Selasa. - Astro AWANI/ISABELLE LEONG
KUALA LUMPUR:Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang meneliti isu penutupan pusat jagaan kanak-kanak dan taska, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ismail Sabri berkata perkara yang menyukarkan ibu bapa bekerja sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Selasa.
“Saya percaya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun sedang meneliti perkara ini dan akan membuat pengumuman mengenai taska.
“Isu ini sudah dibentangkan dalam mesyuarat tadi, jadi kami mintanya supaya membuat SOP (prosedur operasi standard) yang ketat.
“Sewaktu PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) dahulu, kita pernah membenarkan taska dibuka dengan SOP,” katanya pada sidang media harian berhubung perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Isnin.
Katanya lagi, kerajaan memahami kesukaran yang dihadapi ibu bapa yang bekerja dan terpaksa menjaga anak-anak mereka disebabkan penutupan taska.
“Saya akan bangkitkan perkara ini dalam mesyuarat esok.
“Mungkin saya akan bangkitkan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI),” katanya.
Topic Berkaitan
#penutupan taska
#pusat jagaan kanak-kanak dan taska
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#PKPB
#Majlis Keselamatan Negara
#MKN
#Rina Mohd Harun
#prosedur operasi standard
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan