SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyelenggara sepanjang 2,132.92 kilometer jalan dengan peruntukan sebanyak RM18.29 juta iaitu RM4.19 juta daripada majlis dan RM14.1 juta di bawah peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) pada tahun lalu.
MBSA dalam satu kenyataan memaklumkan, peruntukan berkenaan adalah untuk kerja-kerja selenggara seperti baharui muka jalan, menaik taraf jalan dan kerja-kerja pembaikan serta tampalan jalan di kawasan pentadbiran MBSA.
Selain itu, katanya, bagi tindakan jangka pendek untuk tujuan pembaikan kecil, pihak MBSA di bawah jabatan kejuruteraan mempunyai pasukan 'road gang' terdiri daripada kakitangan dalaman melakukan kerja-kerja pembaikan kecil sekiranya jalan berlubang dan memerlukan tampalan segera.
Katanya lagi, antara cabaran dihadapi pihak MBSA dalam melaksanakan selenggara jalan kondusif, di mana sering berlaku permasalahan kerja-kerja oleh syarikat-syarikat utiliti yang melakukan kerja-kerja korek dan tampalan kurang memuaskan.
"Pihak MBSA sentiasa mengambil tindakan tegas kepada syarikat-syarikat utiliti ini agar melakukan kerja-kerja korek dan tampalan mengikut spesifikasi ditetapkan dan penyelarasan sentiasa dilakukan bersama syarikat utiliti.
"Sekiranya syarikat ini gagal mematuhi syarat ditetapkan, pihak MBSA akan mengarahkan syarikat tersebut untuk memperbaiki dan menyelenggara jalan rosak akibat kerja-kerja korek dan tampalan tersebut mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
"Malah pihak MBSA sentiasa memberi keutamaan dan penumpuan terhadap kesejahteraan dan keharmonian hidup komuniti melalui perkhidmatan perbandaran yang sentiasa ditambah baik pada setiap masa," kata MBSA pada Jumaat sebagai respon laporan Sinar Harian pada 28 Januari lalu bertajuk 'Shah Alam dan periuk api di mana-mana'.
Berdasarkan laporan berkenaan, 'periuk api di mana-mana' yang dimaksudkan ialah keadaan jalan berlopak-lopak dan berombak tetapi tidak dibaiki yang bukan sahaja kenderaan mengalami kerosakan, lebih malang ia juga berisiko berlaku kemalangan jiwa kepada pengguna.
Dalam pada itu, kenyataan itu turut menjelaskan bahawa jalan di MBSA terdiri daripada jalan bandaran, Persekutuan, jalan negeri dan jalan luar bandar.
Justeru, selenggara jalan di bawah pentadbiran MBSA dilaksanakan pelbagai agensi seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) menyelenggara jalan Persekutuan dan jalan negeri, serta pejabat daerah dan tanah bertanggungjawab menyelenggara jalan luar bandar
"Untuk makluman, pihak MBSA melakukan kerja-kerja selenggara di bawah kategori jalan bandaran," kata kenyataan itu.
Orang awam ingin menyalurkan aduan dan permasalahan termasuk aduan berkaitan dengan penyelenggaraan jalan boleh menghubungi talian bebas tol 1800 88 4477 pada waktu pejabat dan Bilik Pantas MBSA di talian terus 03-55105811 (24 jam) selepas waktu pejabat.
"Diharapkan makluman ini dapat memberikan penjelasan kepada orang awam berhubung isu yang dibangkitkan Sinar Harian sebelum ini kerana MBSA sentiasa proaktif dalam menangani aduan awam yang disalurkan oleh masyarakat," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sat Jan 29 2022

Sering berlaku permasalahan kerja-kerja oleh syarikat-syarikat utiliti yang melakukan kerja-kerja korek dan tampalan kurang memuaskan. - Foto fail/BERNAMA

34 maut, 150 parah dalam serangan bom di masjid
Sekurang-kurangnya 34 orang disahkan maut manakala 150 yang lain cedera parah susulan serangan pengebom bunuh diri di sebuah masjid di bandar Peshawar, Pakistan.

Malaysia-Singapura boleh bersama anjur resolusi keamanan di PBB - Dr. Oh Ei Sun
Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr. Oh Ei Sun berpendapat dua negara berjiran yang harmoni dalam kepelbagaiannya wajar bersama dalam menganjurkan projek keamanan di pentas dunia.

AWANI Ringkas: Batu Puteh | Sedia runding demi kepentingan Malaysia-Singapura
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Jeti roboh di Pulau Pababag
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bocor, tongkang sarat kontena nyaris karam
Sebuah tongkang yang membawa pelbagai jenis kontena hampir karam selepas ia mengalami kebocoron ketika berada di perairan muara Kuala Muda.

Tiga punca negara kurang guru, menurut Dr. Anuar
Pensyarah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan UKM Dr. Anuar Ahmad memaklumkan punca negara kekurangan guru adalah disebabkan terlalu banyak matapelajaran, ramai guru bersara awal dan dilantik ke posisi pentadbiran.

Kerjasama erat Malaysia-Singapura dapat lonjakkan industri halal, perbankan - Dr. Oh Ei Sun
Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr. Oh Ei Sun melihat Malaysia boleh mendapat limpahan kepesatan industri perbankan Singapura pada masa sama negara jiran itu dapat dibantu dengan keunggulan kita dalam industri halal.

PPD, JPN wajar diberi kuasa pengambilan guru - Dr. Anuar
Pensyarah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan UKM, Dr. Anuar Ahmad melihat perlunya guru yang benar-benar faham dengan budaya dan aspirasi pelajar di sesebuah lokaliti.
![AWANI 7:45 [30/01/2023] - Sedia bincang kepentingan bersama | Wakil parti beri duit AWANI 7:45 [30/01/2023] - Sedia bincang kepentingan bersama | Wakil parti beri duit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007284/34651835121675087575040_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [30/01/2023] - Sedia bincang kepentingan bersama | Wakil parti beri duit
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Jasmine Abu Bakar Tumpuan #AWANI745 malam ini: - Pulau Batu Puteh, kerajaan tidak setuju keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa. - Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan, waris Sultan Sulu. -Pas dakwa beri wang kepada pengundi untuk balik mengundi, bukan kesalahan. -Jumlah anggota kastam dan imigresen ditambah di Tambak Johor. #AWANInews

Bincang dengan KKM nilai perubatan kanabis, ketum - TPM
Kementerian Perladangan dan Komoditi sedang melihat potensi perubatan yang ada dalam tanaman kanabis dan ketum, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Kemboja sedia hantar pakar pengesan periuk api ke Ukraine
Hun Sen menyuarakan kebimbangan terhadap serangan oleh tentera Rusia ke atas ibu kota Ukraine dan wilayah lain.

Dua maut terkena periuk api di pantai Ukraine
Rakaman video menunjukkan letupan besar berlaku menyebabkan air menyembur mengakibatkan dua perenang terbunuh serta-merta.

Isu 'periuk api di mana-mana' tarik perhatian MBSA
MBSA mempunyai pasukan 'road gang' terdiri daripada kakitangan dalaman melakukan kerja-kerja pembaikan kecil.

Berjaya kesan 39 periuk api, Magawa si tikus raksasa Afrika diberi anugerah
Pingat itu diberikan atas keberanian dan pengabdiannya yang bertugas menyelamatkan nyawa.

Anggota keselamatan diserang, Tunisia ikrar 'balas dendam'
Jeribi menyifatkan serangan tersebut sebagai "pengecut", sambil menegaskan "pihak keselamatan tidak akan hilang tumpuan dan semangat moral lebih tinggi berbanding sebelumnya."

Trauma periuk maut, salah langkah nyawa melayang
Himpunan cerita mangsa trauma akibat terpijak periuk api,terkena serpihan bom dan senjata pemusnah lain di Kemboja walaupun selepas negara itu tidak lagi terjebak dengan perang lebih tiga dekad.

Legasi perang 6 juta periuk api di Kemboja
Kemboja yang masih menyimpan 6 juta periuk api dalam perut buminya berdepan masalah sukar dalam membersihkan bahan letupan merbahaya itu sejak perang tamat 26 tahun lalu.