awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesara rugi RM212,000 akibat penipuan perniagaan tidak wujud
Malaysia suarakan kebimbangan terhadap peningkatan konflik di Yaman
MARDI perkukuh hubungan dua hala dan perkasa usahawan agromakanan di Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru lelaki disyaki larikan diri dari PUSPEN Bukit Chabang

Bernama
Bernama
27/12/2025
07:45 MYT
Polis buru lelaki disyaki larikan diri dari PUSPEN Bukit Chabang
Pelatih lelaki berusia 25 tahun itu didapati dia tidak hadir semasa sesi roll call pada 4.15 petang, semalam. - Foto PDRM
PADANG BESAR: Polis sedang memburu seorang pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bukit Chabang di sini, yang disyaki melarikan diri dari pusat tersebut semalam.

Ringkasan AI
  • Polis buru seorang pelatih PUSPEN Bukit Chabang yang melarikan diri semalam.
  • Lelaki berusia 25 tahun itu diperintahkan menjalani rawatan serta pemulihan selama dua tahun.
  • Operasi polis dilancarkan untuk mengesan individu yang melarikan diri, dengan panggilan kepada orang ramai untuk memberi maklumat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padang Besar Supt Sarih Salleh berkata polis menerima laporan kejadian membabitkan pelatih lelaki berusia 25 tahun itu pada 12.07 tengah malam tadi, selepas pihak PUSPEN mendapati dia tidak hadir semasa sesi roll call pada 4.15 petang, semalam.
Beliau berkata sebelum kehilangan itu disedari, pihak PUSPEN Bukit Chabang telah mengadakan Hari Perjumpaan Keluarga dari 3.30 hingga 4 petang dan pemeriksaan menyeluruh yang dijalankan gagal mengesan individu terbabit.
"Susulan kejadian ini, Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar melancarkan Op Tutup dengan menggerakkan dua pegawai dan 22 anggota serta melaksanakan tiga sekatan jalan raya strategik bagi menghalang pergerakan individu berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Polis buru lelaki disyaki larikan diri dari PUSPEN Bukit Chabang
Sarih berkata lelaki berasal dari Kampung Kubang Pangas, Mukim Kubang Rotan, Alor Setar, Kedah itu, disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan diperintahkan menjalani rawatan serta pemulihan selama dua tahun bermula 8 Julai 2025 hingga 8 Julai 2027.
"Kes kini disiasat mengikut Seksyen 223 dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta menghubungi IPD Padang Besar atau Inspektor Muhammad Aziq Alias di talian 019-6915959 bagi membantu siasatan," katanya
--BERNAMA



Topic Berkaitan
#pelatih lari
#Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik
#PUSPEN Bukit Chabang
#Op Tutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan