awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu perogol kahwin mangsa: Shabudin salahkan laporan media

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
05/04/2017
08:54 MYT
Isu perogol kahwin mangsa: Shabudin salahkan laporan media
Datuk Shabudin Yahaya ketika diserbu pengamal media selepas ditemubual Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Parlimen hari ini. --fotoBERNAMA
Datuk Shabudin Yahaya hari ini mendakwa kenyataannya menyokong perkahwinan antara perogol dan mangsa telah diambil dari luar konteks dan dilaporkan secara tidak tepat oleh pihak media.
Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu menegaskan isu berkenaan sepatutnya dilihat dari sudut positif, terutama melibatkan masa depan mangsa rogol, dalam kes wujud persetujuan bersama.
Beliau menjelaskan, kenyataannya sebelum ini merujuk kepada peruntukan undang-undang sedia ada yang tidak menghalang sebarang perkahwinan dalam usia yang disebutkan.
"Suka saya tegaskan, bahawa tidak ada apa-apa peruntukan undang-undang, malah hukum syarak, yang menghalang mereka daripada berkahwin.
"Isu ini sepatutnya dilihat dari sudut positif, contohnya masa depan mangsa, terutama bagi kes with consent (dengan persetujuan) tadi," katanya dalam satu kenyataan media.
Pada masa sama, Shabudin menegaskan perkahwinan berkenaan bukanlah ibarat 'pintu belakang' untuk menghalalkan satu kesalahan rogol.
"Kes jenayah rogol yang dilakukan itu masih tetap menjadi satu kesalahan jenayah. Dan terpulanglah kepada polis dan mahkamah dalam menentukan hukuman terhadap kesalahan yang dilakukan oleh perogol.
"Namun, dalam realiti masyarakat, terdapat banyak kes rogol yang diklasifikasikan oleh undang-undang sebagai statutory rape, iaitu atas dasar persetujuan bersama."
BACA: "Berkahwin dengan perogol, penderitaan yang tidak sudah"
Tambahnya, bagi menyelesaikan masalah berkenaan, keluarga cuba menutup malu dan tidak membuat laporan polis dan akhirnya memutuskan untuk mengahwinkan perogol dengan mangsa.
"Walau bagaimanapun, perkahwinan itu tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya oleh pihak wali, tetapi perlu dapat kebenaran mahkamah syariah terlebih dahulu," katanya lagi.
Beliau berkata, dari sudut pandangan agama, pelaku seksual boleh mengahwini pasangan, iaitu mangsa rogol, sama ada selepas atau sebelum beliau menjalani apa-apa hukuman, tanpa sekatan.
Justeru, beliau kecewa dan terkejut dengan cara media massa melaporkan perbahasannya yang disifatkan tidak tepat dan seolah-olah menggambarkan beliau menggalakkan jenayah seksual dan menyokong perkahwinan perogol dengan mangsa.
"Semasa saya membahaskan usul bagi menolak usul cadangan pindaan yang dibawa Ahli Parlimen Kulai untuk mengharamkan perkahwinan bawah 16 tahun, saya telah menjelaskan perkahwinan dan jenayah adalah dua perkara yang berbeza," katanya.
Jelasnya, mengikut enakmen Islam, mana-mana gadis yang hendak berkahwin, sekiranya berumur 16 tahun dan ke bawah, hendaklah mendapat kebenaran wali dan mahkamah.
Manakala, bagi lelaki di bawah umur 18 tahun, perlu mendapat kebenaran mahkamah dan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya.
"Ini bermakna, enakmen Islam tidak memberi kuasa sepenuhnya kepada wali bagi membenarkan perkahwinan di bawah usia 16 tahun bagi perempuan dan 18 tahun bagi lelaki," katanya lagi.
Semalam, Shabudin yang juga bekas hakim Mahkamah Syariah semasa perbahasan Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, dilaporkan memberitahu Dewan Rakyat bahawa tidak salah untuk seorang gadis berkahwin dengan perogolnya.
Malah, katanya, mungkin lebih baik mangsa dikahwinkan dengan perogolnya supaya dia tidak melalui masa depan yang gelap.
Kenyataan Shabudin itu menerima banyak kritikan termasuk dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.
Dalam pada itu, usaha pihak media untuk mendapatkan reaksi Shabudin gagal berikutan beliau bertindak 'mengunci mulut' apabila diajukan soalan berhubung isu berkenaan ketika ditemui di bilik media Parlimen.
Sebaliknya, beliau meminta pihak media merujuk kepada kenyataan yang diedarkan.
Topic Berkaitan
#Abdul Rahman Dahlan
#Dewan Rakyat
#Islam
#mangsa rogol
#perbahasan
#perkahwinan
#perogol
#Shabudin Yahaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan