Kerajaan Selangor hari ini gagal untuk mencabar cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya di negeri itu selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuan semakan kehakimannya.
Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Ahmadi Asnawi, Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil memutuskan bahawa notis dan syor untuk mengkaji semula persempadanan pilihan raya di negeri itu, tidak boleh dicabar melalui semakan kehakiman mengikut Aturan 53 Kaedah 2(4) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
Hakim Ong yang membacakan penghakiman berkata panel hakim bersetuju dengan hujahan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh yang mewakili SPR bahawa sidang yang lebih sesuai bagi bantahan aduan tersebut adalah melalui inkuiri tempatan mengikut Seksyen 5 Jadual Ke-13.
"Oleh itu, kami berpandangan bahawa sebarang tindakan oleh SPR berhubung aduan yang dikemukakan tidak boleh dicabar bagi semakan kehakiman.
"Kami juga memutuskan bahawa walaupun dakwaan berhubung salah pembahagian kawasan dan manipulasi pilihan raya tidak dipertikaikan, Daftar Pemilih prinsipal adalah muktamad dan mengikat serta tidak boleh dicabar di mahkamah untuk semakan kehakiman mengikut Seksyen 9A Akta Pilihan Raya 1958, kata beliau.
Hakim Ong berkata panel itu juga bersetuju dengan Hakim Mahkamah Tinggi bahawa adalah penting untuk membezakan antara tugas-tugas khusus SPR di bawah Bahagian V111 Perlembagaan Persekutuan, iaitu pelepasan tugas-tugas berikut turut melibatkan penggubalan cadangan dan pelaksanaan mengikut budi bicaranya berdasarkan prinsip di bawah Seksyen 2 Jadual Ketiga Belas iaitu tindakan SPR tidak boleh dicabar di mahkamah.
Berhubung isu daftar pemilih, beliau berkata panel itu bersetuju dengan keputusan hakim Mahkamah Tinggi iaitu berdasarkan Seksyen 9A Akta Pilihan Raya ketepatan daftar pemilih juga tidak boleh dicabar di mahkamah walaupun daftar berkenaan mungkin tidak sepenuhnya merekodkan alamat semua pengundi.
Beliau berkata mahkamah juga bersetuju dengan keputusan hakim Mahkamah Tinggi bahawa maklumat yang disediakan oleh SPR dalam cadangan persempadanan semula mengikut Seksyen 4 Pemberitahuan itu tidak memerlukan campur tangan mahkamah yang lebih tinggi.
Berhubung sama ada rayuan itu bersifat akademik, Hakim Ong berkata tidak perlu menyentuh isu tersebut.
Kerajaan Selangor merayu terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi pada 7 Dis tahun lepas yang menolak semakan kehakiman kerajaan Selangor bagi mencabar cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.
Kerajaan Selangor memfailkan semakan kehakiman itu pada 19 Okt tahun lepas, menamakan Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dan Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh selaku responden.
Dalam permohonan itu, kerajaan negeri menuntut satu deklarasi bahawa cadangan untuk persempadanan kawasan pilihan raya oleh SPR pada kajian 2016 itu, adalah tidak berperlembagaan.
Ia turut memohon perisytiharan bahawa kegagalan SPR untuk menggunakan daftar pemilih terkini dalam persempadanan semula itu adalah tidak berperlembagaan.
Kerajaan Selangor diwakili peguam Datuk Dr Cyrus Das.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 29 2018
Amarjeet berkata sidang yang lebih sesuai bagi bantahan aduan tersebut adalah melalui inkuiri tempatan. - Gambar fail
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Isu persempadanan: Mahkamah tolak rayuan kerajaan Selangor
Panel memutuskan notis dan syor untuk mengkaji semula persempadanan pilihan raya di negeri itu tidak boleh dicabar melalui semakan kehakiman mengikut Aturan 53 Kaedah 2(4) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
Saman Anwar untuk cabar Akta MKN ditolak
Hakim Datuk Hanipah Farikullah membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal yang dikemukakan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh.
Palanivel, tiga yang lain gagal dapatkan penangguhan sementara keputusan mahkamah
Datuk Seri G. Palanivel dan tiga yang lain hari ini gagal mendapatkan penangguhan sementara terhadap keputusan mahkamah yang mengekalkan arahan RoS agar parti itu mengadakan pemilihan.
Petisyen pengampunan ditolak, Anwar hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen
Lembaga Pengampunan telah menolak petisyen Pengampunan Diraja dalam kes liwat membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.