awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki terlibat kes letupan di Nilai
Gencatan senjata buka peluang selesai pertikaian sempadan secara aman - Thailand
Jika majoriti DUN terjejas, Undang-Undang Tubuh Perlis 'buka laluan' PRK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu pil kuda, dakwaan Ku Nan tidak benar - Mohd Noor

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
14/04/2018
15:17 MYT
Isu pil kuda, dakwaan Ku Nan tidak benar - Mohd Noor
MOHD NOOR berkata pihaknya turut akan meminta perkara tersebut disiasat di bawah Akta Antiberita Tidak Benar 2018.
Pas Wilayah Persekutuan tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis berhubung dakwaan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa ada dalam kalangan jentera Pas telah mengambil 'pil kuda' ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-13.
Sambil menyifatkan dakwaan itu adalah tidak benar Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Mohd Noor Mohamad berkata, pihaknya turut akan meminta perkara tersebut disiasat di bawah Akta Antiberita Tidak Benar 2018.
"Beliau sepatutnya menunjukkan bukti dan tidak membuat dakwaan semata-mata," katanya dalam sidang media pengumuman Manifesto Pas Wilayah Persekutuan di Putrajaya malam ini.
Hari ini, Tengku Adnan dalam majlis pecah tanah dua surau di Putrajaya mendakwa mengetahui mengenai perkara itu semasa kempen PRU13 ketika beliau berdepan pencabar daripada Naib Presiden Pas ketika itu, Husam Musa bagi kerusi Parlimen Putrajaya.
Dakwa Tengku Adnan, beliau hairan melihat petugas Pas mampu bekerja berterusan tanpa tidur selama dua tiga hari.
"Yang budak Pemuda UMNO ini lembik, longlai. Akhirnya bila kita selidik rupanya dia sumbat kawan ini dengan pil kuda," dakwanya.
Topic Berkaitan
#Akta Antiberita Tidak Benar 2018
#isu semasa
#Malaysia Memilih
#Manifesto Pas
#Mohd Noor Mohamad
#Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan
#pil kuda
#Tengku Adnan Tengku Mansor
#Wilayah Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan