awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
17,000 tan sisa makanan dibazirkan setiap hari, tindakan tegas diperlukan
Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus berkurangan
Pembantu kedai perkakasan rugi lebih RM50,000 ditipu sindiket tawaran hadiah wang tunai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki terlibat kes letupan di Nilai

Bernama
Bernama
27/12/2025
11:00 MYT
Polis tahan lelaki terlibat kes letupan di Nilai
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, menunjukkan wajah suspek yang dikehendaki berhubung kejadian letupan di kawasan Desa Palma pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, hari ini. - Foto BERNAMA
SEREMBAN: Polis menahan individu yang disyaki terlibat dalam kejadian letupan, yang berpunca daripada penggunaan bahan letupan buatan sendiri atau Improvised Explosive Device (IED) di kawasan Desa Palma, Nilai, di sini pada 22 Dis lepas.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata lelaki berusia 63 tahun itu ditahan di sekitar Mantin, petang tadi.
"Ya, lelaki itu sudah ditahan dan dihantar ke hospital kerana cedera, satu kenyataan akan dikeluarkan dalam masa terdekat berkaitan penahanan terbabit," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Semalam, Alzafny berkata suspek yang terlibat dalam kejadian itu dipercayai mempunyai pengetahuan teknikal dan kemahiran khusus dalam pembuatan bahan letupan berdasarkan penemuan peranti dan peralatan yang dirampas di rumah sewa lelaki berkenaan.
Polis turut menemukan 31 lagi IED di rumahnya dan polis telah memusnahkan semua bahan letupan berkenaan.
Pada Isnin lepas, beliau dilaporkan berkata pihaknya menemukan objek disyaki IED susulan kejadian letupan di kawasan Desa Palma, selepas menerima laporan orang awam yang memaklumkan terdapat objek meletup serta paku bertaburan di kawasan itu pada 7.08 pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis tahan
#kes letupan
#nilai
#Polis Negeri Sembilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan