awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Pulau Batu Puteh: Keputusan tarik kes dibuat atas nasihat pegawai Apandi Ali - Tun M

Astro Awani
Astro Awani
15/10/2022
08:30 MYT
Isu Pulau Batu Puteh: Keputusan tarik kes dibuat atas nasihat pegawai Apandi Ali - Tun M
Khamis lalu, Jemaah Menteri bersetuju meneruskan tindakan perundangan di ICJ berhubung kes Batu Puteh, Batuan Tengah Dan Tubir Selatan - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahan tindakannya menarik balik permohonan semakan dan pentafsiran penghakiman Batu Puteh pada 2018 kerana ia dibuat atas nasihat pegawai dilantik bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, pelantikan Mohamed Apandi sebagai pengerusi Jawatankuasa Kecil Tort of Misfeasance di Jabatan Peguam Negara juga mempunyai konflik kepentingan.
"Itu pendapat dia (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob), ada kecuaian. Tetapi saya bertindak selepas dinasihat oleh pegawai-pegawai dan pegawai-pegawai itu dilantik oleh Apandi.
"Walaupun demikian, kalau dia nak bawa pergi ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) lagi, biar ICJ yang putuskan," katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis Third Age Media Association di Menara Kuala Lumpur pada Sabtu.
BACA: Isu Pulau Batu Puteh: Kemungkinan terdapat kecuaian Dr Mahathir - PM
Khamis lalu, Jemaah Menteri bersetuju meneruskan tindakan perundangan di ICJ berhubung kes Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Pasukan Khas Semakan Undang-Undang tidak menolak kemungkinan berlaku kecuaian dan kekhilafan Dr Mahathir berkenaan dalam isu Pulau Batu Puteh, menyebabkan Malaysia terlepas peluang untuk memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan penghakiman ICJ pada 2008.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, keputusan kerajaan untuk meneruskan tindakan perundangan di ICJ berkaitan kes Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan seolah-olah tidak berpegang kepada janji.
“Bagi saya kita bagi janji dengan Singapura. Kita akan terima apa saja yang keputusan dibuat oleh mahkamah.
“Lepas tu kita tak boleh tolak, kita dah janji. Macam Pulau Litigan dan Sipadan, Indonesia tak boleh tuntut sebab dah diputuskan oleh mahkamah.
“Kita dah setuju sejak dari awal. Kita boleh pergi mahkamah kalau kita bersetuju keputusan mahkamah akan diterima. Sekarang ni kita nak tolak (keputusan mahkamah), not keeping to our promise-lah,” ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#Isu Pulau Batu Puteh
#Malaysia semak semula keputusan Pulau Batu Puteh
#Mohamed Apandi Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan