awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Pulau Batu Puteh: Kemungkinan terdapat kecuaian Dr Mahathir - PM

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
13/10/2022
09:59 MYT
Isu Pulau Batu Puteh: Kemungkinan terdapat kecuaian Dr Mahathir - PM
Perdana Menteri berkata, kemungkinan terdapat kecuaian dan kekhilafan Dr Mahathir apabila Malaysia terlepas peluang untuk memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan penghakiman ICJ pada 2008. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk meneruskan tindakan perundangan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkaitan kes Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kemungkinan terdapat kecuaian dan kekhilafan Tun Dr Mahathir Mohamad apabila Malaysia terlepas peluang untuk memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan penghakiman ICJ pada 2008.
Jelas beliau, cadangan berhubung perkara itu dikemukakan oleh Pasukan Khas Semakan Undang-Undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah Dan Tubir Selatan pada Mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan pada 30 September dan 7 Oktober lalu
"Mesyuarat dimaklumkan mengenai terdapat kemungkinan kecuaian dan kekhilafan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila Malaysia terlepas peluang untuk memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan penghakiman ICJ pada tahun 2008, dan permintaan tafsiran Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
"Ia selepas Dr Mahathir membuat keputusan untuk tidak meneruskan permohonan semakan dan pentafsiran penghakiman pada 11 Jun 2018.
"(Kerajaan akan) mengambil tindakan sewajarnya bagi mempertahankan kedaulatan negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada 29 Oktober tahun lalu, Kabinet bersetuju membentuk pasukan berkenaan ekoran keputusan kerajaan ketika pentadbiran Dr Mahathir untuk tidak meneruskan permohonan semakan semula kes Pulau Batu Puteh di ICJ pada 2018.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Tuntutan Pulau Batu Puteh
#Dr Mahathir Mohamad
#kecuaian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan