Myanmar telah menyatakan komitmen awal dan langkah yang sedang diambil oleh kerajaan tentera negara itu dalam menyelesaikan krisis Rohingya di wilayah Rakhine pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 di sini hari ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi, yang mengetuai delegasi negara itu berkata demikian ketika beliau membangkitkan isu Rohingya pada sidang pleno ASEAN itu.
"Bila saya bangkitkan isu Rohingya, Suu Kyi dalam respons beliau telah menyatakan beberapa perkara yang sedang dilakukan Myanmar...ini penting kerana beliau tidak menyatakan apa-apa langsung pada sidang lalu di Manila pada April lepas," katanya pada sidang media bersama media Malaysia di sini.
Najib berkata Myanmar kini sedang berunding dengan Bangladesh, yang menjadi tumpuan lebih 600,000 pelarian sejak krisis ini bermula Ogos lalu, bagi mengadakan satu memorandum persefahaman (MoU) untuk menentukan penghantaran balik pelarian tersebut dari sempadan kedua-dua negara.
"Beliau nyatakan MOU ini akan ditandatangani tidak lama lagi. Saya terima baik apa yang dinyatakan oleh beliau, namun kita nak tengok soal MoU itu dan syarat-syarat penghantaran balik, sama ada munasabah atau terlalu ketat," katanya.
Najib berkata jika syarat syarat terlalu ketat yang menyebabkan dari realitinya ia tak benarkan terlalu ramai pulang semula ke Rakhine, ia mungkin tidak memberi penyelesaian sepenuhnya seperti yang dikehendaki Malaysia dan negara-negara ASEAN lain.
Selain menyuarakan isu pelarian Rohingya di peringkat antarabangsa dan memberikan bantuan kemanusiaan, Malaysia juga akan menyediakan Hospital Lapangan untuk etnik Rohingya di Bangladesh.
Najib juga berkata Suu Kyi pada sidang pleno itu telah menyatakan kesediaan kerajaan beliau untuk memberi kerjasama kepada misi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Rohingya yang masih berada di Rakhine.
Pemenang Hadiah Nobel itu juga telah menyatakan perlunya satu penyelesaian jangka panjang berdasarkan "kepercayaan dan keharmonian" tetapi menegaskan ia tidak boleh dicapai semalaman kerana ia akan mengambil masa, tambah beliau.
Ia akan mengambil kira dan berpaksikan laporan mantan setiausaha agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBBB) Kofi Annan yang telah menyerahkan laporan terakhirnya mengenai negeri Rakhine, di mana Rohingya Islam menghadapi pelanggaran yang meluas, kepada pemerintah Myanmar.
"Semua ini merupakan kemajuan yang signifikan...beliau beri satu pendirian dan jaminan lebih jelas dan positif daripada forum ASEAN sebelumnya," katanya.
Najib berkata beliau memberitahu pemimpin ASEAN lain bahawa Malaysia dan ASEAN sebagai sebuah pertubuhan tidak mampu berdiam diri terhadap krisis ini kerana ia telah memalukan blok serantau itu dan telah menjadi isu antarabangsa sehingga Majlis Keselamatan PBB mengeluarkan kenyataan presiden.
"Saya kata sebagai satu pertubuhan, kita tak mampu berdiam diri, tak boleh berdiam diri. Apa respons ASEAN terhadap krisis yang melibatkan Rohingya di Rakhine?" katanya.
Katanya, ia bukan hanya masalah Myanmar semata-mata kerana kesannya melimpah keluar, sehinggakan penduduknya menjadi pelarian di Malaysia dan Bangladesh.
Lebih membahayakan, kata beliau, mereka yang kecewa mungkin menjadi rekrut kepada kumpulan pengganas seperti IS dan Daish jika tiada penyelesaian cepat dicapai.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 13 2017
Najib berkata Myanmar telah menyatakan komitmen awal dan langkah yang sedang diambil oleh kerajaan tentera negara itu dalam menyelesaikan krisis Rohingya di wilayah Rakhine. -Bernama
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Vicente yakin Malaysia layak ke Piala Asia 2027
Vicente yakin skuad Harimau Malaya mampu layak ke Piala Asia 2027 meskipun berdepan cabaran sengit pasukan pilihan, Vietnam, pada saingan peringkat kumpulan kempen kelayakan tahun depan.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.
Ringgit ditutup rendah susulan aktiviti membeli dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila senarai data gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan kejatuhan kerajaan Syria merangsang belian mata wang AS itu.
MOF tumpu percukaian progresif, belanjawan mampan bagi utamakan sektor kritikal
Kementerian Kewangan (MOF) akan menumpukan aspek percukaian progresif bagi memastikan keadilan dan belanjawan yang mampan untuk mengutamakan sektor-sektor kritikal negara.
Malaysia bakal raih manfaat daripada tarif meluas AS - Marc Ratings
Malaysia dijangka mendapat manfaat daripada tarif meluas yang dikenakan Amerika Syarikat (AS), sekurang-kurangnya dalam masa terdekat, demikian menurut MARC Ratings Bhd.
Usahawan MARA diseru manfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA) diseru memanfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi mengetengahkan dan mempromosikan produk mereka ke peringkat antarabangsa.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan manfaatkan untuk perkasakan belia
Malaysia akan memanfaatkan peranan sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi memperkasakan agenda belia.
PM terima kunjungan Setiausaha Agung, bincang persediaan Kepengerusian ASEAN 2025
Anwar hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn di Putrajaya bagi membincangkan perihal persediaan dan penyelarasan menjelang Kepengerusian ASEAN Malaysia tahun depan.
MATRADE perkasa syarikat pertengahan dengan misi penerapan pasaran ke Vietnam
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengetuai lima syarikat peringkat pertengahan tempatan (MTC) untuk mengikuti Misi Penyerapan Pasaran ke Vietnam.