MALAYSIA

Isu royalti: 'PM Anwar faham harapan, aspirasi rakyat Sabah' - Hajiji

Firdaus Azil 11/11/2025 | 12:24 MYT
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyatakan sokongan terhadap keputusan PM Anwar Ibrahim yang menghormati hak perlembagaan Sabah.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyambut baik keputusan Kerajaan Persekutuan untuk tidak merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung isu pemberian royalti 40 peratus kepada wilayah itu.


Ringkasan AI
  • Hajiji Noor menyambut baik keputusan Kerajaan Persekutuan untuk tidak merayu berhubung pemberian royalti 40% kepada Sabah, menunjukkan pemahaman Anwar Ibrahim terhadap harapan rakyat.
  • Keputusan ini mencerminkan hubungan kerja kukuh antara Kerajaan Negeri Sabah dan Putrajaya, dengan fokus kepada penghormatan terhadap hak perlembagaan Sabah.
  • AGC akan merayu terhadap kecacatan dalam Alasan Penghakiman, termasuk dakwaan penyalahgunaan kuasa dan pelanggaran perlembagaan, sambil Hajiji menekankan perlunya tindakan tegas untuk memperbaiki jurang pembangunan antara Sabah dan Semenanjung.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Hajiji berkata, ia menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memahami harapan dan aspirasi rakyat Sabah.

Selain itu ia juga mencerminkan komitmen tulen Perdana Menteri untuk menegakkan apa yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam pertemuan dan perbincangan saya dengan Perdana Menteri, saya telah menyatakan pendirian tegas Kerajaan Negeri bahawa hak perlembagaan Sabah mesti dihormati, diiktiraf dan dilaksanakan.

“Keputusan untuk tidak membuat rayuan ini mencerminkan hubungan kerja yang kukuh antara Kerajaan Negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Putrajaya,” katanya.

Terdahulu Jabatan Peguam Negara (AGC) berkata, Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk tidak membuat rayuan terhadap Pemberian Khas Negeri Sabah dari tahun 1974 hingga 2021 berdasarkan 40 peratus hasil.

Bagaimanapun AGC berkata, pihaknya akan merayu terhadap kecacatan dalam Alasan Penghakiman tersebut.

"Antaranya dakwaan bahawa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah telah menyalahgunakan kuasa dan melanggar kewajipan perlembagaan.

"Alasan Penghakiman juga menyatakan bahawa Kajian Semula selepas tahun 2021 adalah menyalahi undang-undang, tidak rasional, terdapat ketidakaturan dari segi prosedur dan tidak berkadaran,” katanya lagi.

Dalam pada itu Hajiji berkata, menghormati keputusan mahkamah merupakan langkah penting ke arah merapatkan jurang pembangunan antara Sabah dan Semenanjung Malaysia, khususnya di kawasan luar bandar di mana infrastruktur, pertanian dan kemudahan asas masih ketinggalan.

Tegasnya lagi, rakyat Sabah telah menunggu terlalu lama, dan apa yang diperlukan kini ialah tindakan tegas dan kemahuan politik yang tulen untuk menunaikan serta melaksanakan hak 40 peratus itu.

Ketua Menteri turut menegaskan kerajaan negeri bersedia untuk terus berunding secara konstruktif dengan kerajaan persekutuan bagi melaksanakan arahan mahkamah untuk menyemak dan memuktamadkan perjanjian tersebut, selain menyeru rakyat agar terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah keputusan Kerajaan Persekutuan berhubung isu pemberian royalti 40 peratus kepada Sabah?
    A: Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk tidak merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mengenai pemberian royalti 40 peratus kepada Sabah.
  • Q: Mengapakah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, menyambut baik keputusan tersebut?
    A: Datuk Seri Hajiji Noor menyambut baik keputusan tersebut kerana menunjukkan pemahaman daripada Perdana Menteri mengenai harapan dan aspirasi rakyat Sabah serta komitmen untuk menegakkan Perlembagaan Persekutuan.
  • Q: Apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung keputusan tersebut?
    A: AGC akan merayu terhadap kecacatan dalam Alasan Penghakiman berkaitan, termasuk dakwaan penyalahgunaan kuasa dan pelanggaran kewajipan perlembagaan.
  • Q: Mengapakah Hajiji menegaskan kepentingan menghormati keputusan mahkamah?
    A: Hajiji menegaskan bahawa menghormati keputusan mahkamah adalah langkah penting untuk merapatkan jurang pembangunan antara Sabah dan Semenanjung Malaysia, terutamanya dalam pemajuan kawasan luar bandar yang masih ketinggalan dalam infrastruktur dan kemudahan asas.
  • Q: Apakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri Sabah selepas keputusan ini?
    A: Kerajaan negeri Sabah bersedia untuk terus berunding secara konstruktif dengan kerajaan persekutuan bagi melaksanakan arahan mahkamah untuk menyemak dan memuktamadkan perjanjian tersebut, serta menyeru rakyat untuk terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri dalam isu ini.



#Royalti 40 peratus Sabah #Keputusan Mahkamah Tinggi Sabah #Komitmen PM terhadap Sabah #Hajiji Noor