Pemberian Khas Sabah: Kerajaan Persekutuan tidak buat rayuan - AGC

Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan Kerajaan Persekutuan akan memulakan proses rundingan bersama Kerajaan Negeri Sabah dengan kadar segera. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk tidak membuat rayuan terhadap Pemberian Khas Negeri Sabah dari tahun 1974 hingga 2021 berdasarkan 40 peratus hasil.
Ringkasan AI
- Kerajaan Persekutuan tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan Pemberian Khas Sabah berdasarkan 40 peratus hasil antara 1974 hingga 2021.
- AGC memaklumkan rundingan segera akan dimulakan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah.
- Namun, Kerajaan Persekutuan akan merayu berhubung kecacatan dalam Alasan Penghakiman yang melibatkan dakwaan penyalahgunaan kuasa dan isu prosedur.
"Pada mesyuarat sama, Peguam Negara telah memberikan nasihat dan pandangan kepada Jemaah Menteri berhubung kecacatan dalam Alasan Penghakiman tersebut.
"Antaranya dakwaan bahawa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah telah menyalahgunakan kuasa dan melanggar kewajipan perlembagaan," ujar AGC menerusi kenyataan berkenaan.
Tambah badan kehakiman itu, dakwaan tersebut bakal membabitkan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah sejak tahun 1974.
"Alasan Penghakiman juga menyatakan bahawa Kajian Semula selepas tahun 2021 adalah menyalahi undang-undang, tidak rasional, terdapat ketidakaturan dari segi prosedur dan tidak berkadaran.
"Kerajaan Persekutuan akan merayu berhubung kecacatan dalam Alasan Penghakiman tersebut," kata AGC.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan terhadap tuntutan hak 40 peratus hasil Sabah akan diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada Selasa.
Ia selepas Kerajaan Persekutuan mendengar terlebih dahulu pandangan Peguam Negara sebagai penasihat undang-undang sebelum membuat sebarang keputusan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


