awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penduduk bukan warganegara di Malaysia dianggarkan 3.38 juta pada 2025 - DOSM
Transaksi pegawai kanan ATM: Saksi berkemungkinan dipanggil esok - Azam Baki
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu sempadan P.Pinang-Kedah: Tindakan akan diambil terhadap penyebar maklumat palsu

Bernama
Bernama
03/06/2023
10:37 MYT
Isu sempadan P.Pinang-Kedah: Tindakan akan diambil terhadap penyebar maklumat palsu
Fahmi berkata semua pihak wajib akur dengan kedudukan negeri Pulau Pinang seperti mana termaktub dalam Perlembagaan. -Gambar fail/Bernama
TASEK GELUGOR: Tindakan akan diambil ke atas mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat palsu berkenaan isu sempadan Pulau Pinang dan Kedah.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata semua pihak wajib akur dengan kedudukan negeri Pulau Pinang seperti mana termaktub dalam Perlembagaan.
"Saya difahamkan ada laporan polis telah dibuat, saya serah kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan dan juga mengambil apa-apa tindakan yang patut.
"Polis bebas menyiasat di bawah mana-mana Akta, (manakala) Peguam Negara pula boleh memutuskan sekiranya akan membuat pendakwaan mengikut undang-undang yang dirasakan sesuai," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Prapelancaran Komuniti Madani di sini hari ini.
Pada masa yang sama, beliau menegaskan bahawa tidak ada syak wasangka atau waswas mengenai perkara itu kerana di dalam perlembagaan memang jelas disebut 'Negeri Pulau Pinang'.
Tambahnya jika ada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan dan menyebarkan maklumat palsu, maka pihak berkuasa akan mengambil tindakan untuk menyiasat bagi mengekang maklumat-maklumat palsu daripada tersebar.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor beberapa hari lepas yang berkaitan dengan Pulau Pinang dan Kedah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Peguam Negara
#maklumat palsu
#Pulau Pinang-Kedah
#Fahmi Fadzil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan