awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu serbuan kuil: PKR cadangkan agar JAIS wujudkan unit khas

Haider Yutim
Haider Yutim
04/06/2014
14:48 MYT
Isu serbuan kuil: PKR cadangkan agar JAIS wujudkan unit khas
Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty. Gambar Facebook
Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mencadangkan agar Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mewujudkan sebuah unit khas bagi mengenalpasti 'kelompok-kelompok berisiko tinggi' supaya mereka dapat bertindak secara proaktif dan awalan.
Menurut Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty, bagi mengelakkan krisis seperti serbuan ke atas majlis perkahwinan di kuil Hindu baru-baru ini, berulang di masa hadapan.
"Malah, panduan-panduan berurusan (SOP) dengan pihak JAIS, secara mudah dan praktikal, perlu dijelaskan kepada semua – sama ada masyarakat Islam dan bukan Islam," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Jelas beliau, bagi penyelesaian jangka panjang, suatu mekanisme komunikasi yang berkesan berasaskan semangat muhibbah dan hormat-menghormati di kalangan rakyat Malaysia pelbagai agama, perlu disuburkan.
Dr Muhammad turut berpendapat agar semua pihak perlu menangani isu tersebut dengan lebih bijaksana, realistik, matang dan tenang serta mencadangkan supaya bersifat terbuka dengan dengan mengadakan konsultasi dan dialog persefahaman.
Ujarnya, jika ada pihak yang telah melanggar peraturan dan undang-undang, biarlah perkara tersebut diadili oleh mahkamah.
Katanya, isu konflik berkaitan agama seperti yang berlaku di kuil Petaling Jaya itu bukan lah yang pertama kali, malah katanya ianya telah pun kerap berlaku berulang-ulang kali di masa silam - meskipun di dalam bentuk dan situasi yang berlainan.
JAIS, pada 1 Jun telah menyerbu majlis perkahwinan yang dijalankan mengikut adat Hindu di sebuah kuil di Petaling Jaya berikutan aduan pengantin perempuan yang berkahwin itu dipercayai beragama Islam.
Menurut sumber, JAIS menerima aduan sejak Jumaat lalu dan mengarahkan tiga pegawai penguat kuasa menjalankan siasatan, dengan bantuan polis.
Topic Berkaitan
#dr muhammad nur manuty
#Hindu
#JAIS
#kuil
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan