awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
Suspek tular pegang parang, tunjuk jari tengah sudah ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu SOSMA: Kenyataan Saifuddin tidak berasas - Salleh Keruak

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
07/10/2015
12:35 MYT
Isu SOSMA: Kenyataan Saifuddin tidak berasas - Salleh Keruak
SALLEH: Sosma itu diwujudkan dengan tujuan tertentu, ia tiada tujuan untuk menutup mulut orang daripada mengkritik kerajaan semata-mata. - Gambar Fail
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak menyifatkan kenyataan Datuk Saifuddin Abdullah bahawa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) digunakan untuk 'menutup mulut' ahli parti itu adalah tidak berasas.
"Beliau berhak memberikan pendapat dalam apa jua isu.
"Namun, dalam hal ini tuduhan beliau itu tidak berasas sama sekali sebab SOSMA itu diwujudkan dengan tujuan tertentu, ia tiada tujuan untuk menutup mulut orang daripada mengkritik kerajaan semata-mata," katanya semasa dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Jelasnya, penahanan ke atas Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan juga berikutan kesalahan yang dilakukan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan itu.
"Apabila mereka menahan Khairuddin sudah tentu mereka mengambil kira undang-undang tersebut. Sudah tentu ada kesalahan dibuat serta boleh menggunakan kuasa tersebut untuk mengambil tindakan, dan tiada kaitan dengan politik," jelas beliau.
Dr Salleh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia bagaimanapun yakin semua ahli UMNO tidak akan terpengaruh dengan dakwaan Bekas Ahli Majlis Tertinggi itu.
"Pada saya ahli UMNO tidak akan terpengaruh sama sekali sebab dakwaan itu tidak berasas. Kewujudan SOSMA ada kaitan keselamatan negara tiada kaitan politik kepartian.
"Saya yakin sokongan kepada Perdana Menteri mendapat sokongan padu daripada ahli," ujar beliau.
Pada satu sidang media berkenaan SOSMA bersama wakil kumpulan masyarakat sivil dan organisasi bukan kerajaan (NGO) di sini hari ini, Saifuddin berkata akta itu tidak seharusnya dikenakan ke atas Khairuddin.
Bekas Timbalan Menteri itu turut mendakwa SOSMA digunakan pemimpin tertinggi UMNO untuk menakut-nakutkan dan 'menutup mulut' ahlinya yang cuba menjatuhkan presiden parti.
Topic Berkaitan
#Saifuddin Abdullah
#Salleh Said Keruak
#SOSMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan