awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu stoking: Jangan beri muka pihak mainkan isu 3R - MIICCI

Sinar Harian
Sinar Harian
18/03/2024
04:50 MYT
Isu stoking: Jangan beri muka pihak mainkan isu 3R - MIICCI
Muhamad Amin berkata, kerajaan tidak boleh bersikap selektif terhadap syarikat atau individu yang sengaja ingin mencetuskan keresahan dalam kalangan masyarakat Islam.
KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mengheret pelaku yang menyentuh sensitiviti agama Islam ke muka pengadilan agar dikenakan hukuman berat termasuk mempertimbangkan untuk melucutkan kewarganegaraan mereka.
Pengerusi Dewan Perdagangan dan Perindustrian Islam Antarabangsa Malaysia (MIICCI), Muhamad Amin Fahmi berkata, pihak yang tidak bertanggungjawab menghina agama Islam dilihat seolah-olah berani menduga tahap kesabaran masyarakat Islam kerana langsung tidak cakna dan tidak menghormati agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
Justeru menurutnya, kerajaan tidak boleh bersikap selektif terhadap syarikat atau individu yang sengaja ingin mencetuskan keresahan dalam kalangan masyarakat Islam.
"Kerajaan Madani juga boleh pertimbang untuk lucut sahaja kewarganegaraan mereka.
"Ini bagi membuktikan kerajaan Madani tidak sesekali berkompromi dengan petualang negara yang sengaja mencetus bibit keresahan dalam kalangan masyarakat khusus dalam konteks agama Islam.
"Apakah kerajaan Madani hanya mampu membuta mata dan membisu kata tatkala isu yang sangat sensitif ini timbul?
"Pihak yang cuba mengganggu gugat 3R - agama (religion), raja (royal) dan kaum (race) tidak wajar diberikan muka," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Sebelum ini, berlaku dua isu besar membabitkan sensitiviti agama Islam iaitu lolosnya produk Israel ke pasaran Malaysia dan jualan stoking yang tertera kalimah Allah SWT.
Susulan itu, syarikat pengimport, pemborong, peruncit dan pengedar produk organik dan semula jadi, Matahari Sdn Bhd mengeluarkan permohonan maaf kepada rakan kongsi dan pelanggan mereka dan mengakui terlepas pandang berhubung asal-usul produk itu semasa proses pelabelan.
Kemudian, pengendali kedai rangkaian serbaneka, KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) juga tampil membuat permohonan maaf susulan penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah Allah SWT di salah satu cawangannya di Bandar Sunway, Petaling Jaya.
Sinar Harian Berita Telus & Tulus menerusi E-Mel setiap hari!
Mengulas lanjut, Muhamad Amin berkata, MIICCI selaku sebuah dewan perdagangan antarabangsa yang terdiri daripada pedagang-pedagang beragama Islam mengeji tindakan terkutuk syarikat mahupun individu yang sengaja mencetus suasana tidak harmoni dalam kalangan masyarakat Islam.
Ujarnya, dunia kini juga sedang memerhati rapat reaksi kerajaan berhubung isu berkenaan kerana isu agama melibatkan keharmonian sesebuah negara.
"Adakah kita hanya boleh terima jika si pelaku semudahnya memohon maaf sedangkan mereka ini dilihat langsung tidak sensitif kepada perkara utama yang melibatkan agama?
"Masyarakat Islam daripada segenap lapis persatuan serta tidak kira latar belakang politik perlu terus berpadu dan bangkit menentang segala bentuk dakyah yang cuba untuk menjatuh dan menghina agama Islam," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#isu stoking
#Kalimah Allah
#3R
#masyarakat islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan