awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
Anggota tentera cedera dalam letupan bom di Yala
2,500 pertubuhan belia disasar mohon Geran SejaTi MADANI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu tanah ladang komersial FELDA-Terengganu hampir selesai - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
08/02/2026
13:45 MYT
Isu tanah ladang komersial FELDA-Terengganu hampir selesai - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata beberapa siri perbincangan antara Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu dan Bahagian Kawalan FELDA (BKF) telah diadakan sebelum ini. - Foto BERNAMA
KUALA NERUS: Isu tanah ladang komersial antara Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Kerajaan Negeri Terengganu hampir selesai, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ringkasan AI
  • Isu tanah ladang komersial antara FELDA dan Kerajaan Negeri Terengganu hampir selesai menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
  • Perbincangan antara Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dan Bahagian Kawalan FELDA telah dijalankan sebelum ini, memberi jalan penyelesaian dalam waktu terdekat.
  • Terengganu telah mengeluarkan notis larangan menceroboh tanah FELDA sebelum ini, tetapi melanjutkan tempoh remedi susulan perkembangan positif hasil rundingan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata beberapa siri perbincangan antara Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu dan Bahagian Kawalan FELDA (BKF) telah diadakan sebelum ini.
"Hampir selesai... insya-Allah akan selesai dalam waktu yang paling terdekat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Permukiman Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Tahun 2026 dan Pelancaran Pelan Strategik KKDW Tahun 2026-2030 di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang.
Sebelum ini, Terengganu mengeluarkan notis larangan menceroboh tanah yang diusahakan FELDA di 10 ladang seluas kira-kira 15,000 hektar selepas mendakwa ia telah diteroka tanpa pembayaran premium, cukai atau perkongsian keuntungan selama lebih 40 tahun.
Penyerahan notis itu dilakukan serentak kepada pihak pengurusan ladang di Setiu, Besut, Kemaman, Marang, Dungun dan Hulu Terengganu.
Bagaimanapun, Kerajaan Negeri Terengganu melanjutkan tempoh remedi kepada FELDA susulan perkembangan positif hasil rundingan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#isu tanah ladang komersial
#Felda
#terengganu
#Ahmad Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan