awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Zii Jia, media selesai - CDM

Bernama
Bernama
03/10/2023
10:31 MYT
Isu Zii Jia, media selesai - CDM
Isu membabitkan pemain perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia dan media yang membuat liputan Sukan Asia Hangzhou 2022 telah diselesaikan dengan cara baik. - Gambar fail/Stadium Astro
HANGZHOU: Isu membabitkan pemain perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia dan media yang membuat liputan Sukan Asia Hangzhou 2022 telah diselesaikan dengan cara baik.
Ketua Kontinjen negara (CDM) Datuk Chong Kim Fatt dalam kenyataan hari ini berkata, pihak terlibat telah mencapai persefahaman dalam satu mesyuarat tertutup diadakan bagi menyelesaikan salah faham yang timbul dalam insiden di zon media acara badminton.
"Sebagai CDM, saya telah mengambil inisiatif untuk mengadakan satu perjumpaan tertutup antara Lee Zii Yii yang juga pengurus kepada Zii Jia dan wakil media berhubung isu berkaitan insiden di Gimnasium Binjiang yang telah mencetuskan salah faham.
"Kedua-dua pihak telah bertenang dan mahu melupakan insiden berkenaan demi kebaikan kontinjen Malaysia," katanya.
Sebelum ini, beberapa media melaporkan Zii Jia menghentikan sesi temu bual secara mengejut selepas berdepan kekalahan menentang Jeon Hyeok Jin dari Korea Selatan dalam acara berpasukan lelaki, Khamis lepas.
Korea Selatan mengetepikan Malaysia 3-1 pada saingan peringkat 16 terbaik dalam acara badminton berpasukan lelaki, dan memenangi pingat gangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lee Zii Jia
#Media
#Sukan Asia Hangzhou 2022
#liputan
#CDM
#Chong Kim Fatt
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan