awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Itu Isham Jalil yang cakap, bukan UMNO' - Loke

Sinar Harian
Sinar Harian
12/09/2023
06:09 MYT
'Itu Isham Jalil yang cakap, bukan UMNO' - Loke
Anthony yang juga Menteri Pengangkutan berkata, cadangan Isham itu bukanlah pendirian rasmi parti berkenaan.- Foto Sinar Harian/MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menyifatkan cadangan supaya UMNO bertanding sendiri dalam pilihan raya tanpa Pakatan Harapan (PH) hanyalah pendapat peribadi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil.
Loke yang juga Menteri Pengangkutan berkata, cadangan Isham itu bukanlah pendirian rasmi parti berkenaan.
"Itu Isham Jalil yang cakap, bukan UMNO yang cakap...dia tidak mewakili UMNO, dia hanya salah seorang pemimpin sahaja," katanya pada sidang akhbar di laluan Kontra Rapid KL No 3, di Hentian Bas KL1937 LRT Masjid Jamek di sini pada Isnin.
Sebelum ini, Isham dilaporkan berkata, beliau tidak pernah bersetuju bahawa UMNO perlu bertanding dalam pilihan raya bersama dengan PH.
Sebaliknya beliau hanya bersetuju UMNO bergabung dengan PH untuk membentuk Kerajaan Perpaduan seperti dititah Yang di-Pertuan Agong sebelum ini.
Sebelum ini, Isham berkata, Barisan Nasional (BN) kehilangan 27,000 undi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, minggu lalu.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#DAP
#UMNO
#bertanding solo
#Isham Jalil
#pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan