awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Itu rakaman lama simulasi kesiapsiagaan serangan provokatif' - JPA

Sinar Harian
Sinar Harian
12/04/2024
09:59 MYT
'Itu rakaman lama simulasi kesiapsiagaan serangan provokatif' - JPA
JPA menyifatkan rakaman tersebut yang telah dimuat naik oleh sebuah portal dikongsikan dengan niat memainkan sentimen negatif terhadap kerajaan. -Foto Sinar Harian
PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjelaskan video bertajuk "Tanya pasal kuarters je dah kena macam tu depan KSN" merupakan rakaman lama simulasi kesiapsiagaan anggota keselamatan sekiranya berdepan dengan situasi serangan provokatif.
Menerusi kenyataan pada Jumaat, JPA menyifatkan rakaman tersebut yang telah dimuat naik oleh sebuah portal dikongsikan dengan niat memainkan sentimen negatif terhadap kerajaan.
"JPA mengambil serius terhadap sebarang cubaan untuk melemahkan institusi perkhidmatan awam dengan memberi gambaran seolah-olah kerajaan tidak bertanggungjawab terhadap isu dan kebajikan pegawai awam di negara ini," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, orang awam dinasihati supaya tidak mudah terpedaya dengan maklumat yang dikongsikan bagi tujuan mencalarkan imej kerajaan dan perkhidmatan awam sebagai barisan hadapan negara.
"Tindakan dengan memuat naik sebarang kandungan palsu yang mengundang salah faham dan mengelirukan masyarakat boleh disabitkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 Seksyen 233 kepada yang terlibat," kata kenyataan itu.
Terdahulu tular rakaman video berdurasi 1:10 minit yang dimuat naik dengan membina persepsi seolah-olah pegawai awam yang bertanya kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali Itu telah dinafikan dan dihalang oleh sekumpulan polis bantuan, selepas bertanyakan mengenai status permohonan kuarters kerajaan yang masih belum diluluskan di dalam suatu majlis dihadiri oleh beliau. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mohd Zuki Ali
#JPA
#Tanya pasal kuarters
#KSN
#simulasi kesiapsiagaan anggota keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan