KUALA LUMPUR: Satu kajian dijalankan di Malaysia mendapati Ivermectin tidak berkesan menyembuhkan pesakit COVID-19 yang mengalami gejala teruk.
Dapatan ujian klinikal secara rawak itu diterbitkan jurnal Jama Internal Medicine, pada Jumaat.
Laporan Reuters yang memetik penyelidik Malaysia sebagai berkata, penemuan mereka itu sekali gus tidak menyokong penggunaan Ivermectin untuk pesakit COVID-19.
Sampel kajian merangkumi 490 pesakit terdiri daripada 223 lelaki dan 267 wanita berusia 50 tahun ke atas dengan penyakit komorbid di 20 hospital dan pusat kuarantin COVID-19 di Malaysia.
Kesemua mereka semua telah dijangkiti COVID-19 dengan gejala ringan hingga sederhana.
Seramai 241 orang diberikan Ivermectin secara harian untuk tempoh lima hari, manakala 249 pesakit pula diberikan rawatan standard.
Sepanjang lima hari pemberian Ivermectin iaitu pada minggu pertama dijangkiti COVID-19, ia dikesan tidak mengurangkan risiko mendapat gejala teruk.
Gejala teruk berkembang dalam 21.6 peratus pesakit yang diberi Ivermectin, dan dalam 17.3 peratus daripada mereka yang hanya menerima penjagaan standard, kata penyelidik.
Mereka mendefinisikan gejala teruk sebagai memerlukan oksigen untuk membantu pernafasan.
Menurut kajian itu, tiada perbezaan signifikan secara statistik antara kumpulan dalam kadar kemasukan unit rawatan rapi (ICU), keperluan untuk penggunaan mesin ventilator, atau kematian.
Dapatan lengkap kajian boleh dibaca di sini: https://jamanetwork.com/journals/jamainternalmedicine/fullarticle/2789362
Sementara itu, penggunaan Ivermectin untuk merawat COVID-19 juga kini sedang dikaji dalam ujian di United Kingdom yang dijalankan Universiti Oxford.
Penyelidik Oxford berkata mereka tidak mahu mengulas sehingga beroleh keputusan untuk dilaporkan.
Astro Awani
Sun Feb 20 2022

Satu kajian dijalankan di Malaysia mendapati Ivermectin tidak berkesan dalam mencegah pesakit COVID-19 mendapat gejala teruk. -Gambar hiasan/Shutterstock

Penganggur didakwa bunuh warga emas
Tertuduh didakwa telah membunuh Misah Amin, 91, di Kampung Pulai Darat, kira-kira jam 1.30 pagi pada 20 Januari lalu.

PRN: Pendirian PN Kedah kekal sasar menang 33 kerusi DUN - Sanusi
Keyakinan itu bersandarkan jumlah undi yang diperoleh PN pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Ringkas SPUTNIK: Biden bakal bertemu Zelensky
Ikuti rangkuman 3 berita global terbaik dalam Sputniknews.com.

Banjir: Mangsa di Johor, Sabah meningkat pagi ini
Bilangan mangsa banjir di Johor dan Sabah bertambah sedikit setakat pagi ini.

Seorang rentung, unit pangsapuri terbakar
Setakat ini seorang mangsa yang belum dikenal pasti dilaporkan rentung dalam kebakaran tersebut.

EPL: Manchester United dapat khidmat Marcel Sabitzer daripada Bayern Munich
Pemain kebangsaan Austria berusa 28 tahun itu menjadi sasaran Erik ten Hag pada hari terakhir jendela perpindahan.

EPL: Chelsea pecah rekod pembelian termahal tandatangani Enzo Fernandez
Enzo Fernandez akhirnya melengkapkan perpindahan ke Chelsea, sekali gus menjadi pembelian termahal dalam sejarah EPL.

Peguam Negara AS | Video Trump beri keterangan bersumpah didedahkan
Pejabat Peguam Negara New York mendedahkan video bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ketika memberi keterangan bersumpah Ogos lalu dalam siasatan kes penipuan sivil. Trump membuka keterangan bersumpah itu dengan menggunakan pindaan kelima dan enggan menjawab soalan yang diberikan Peguam Negara.

Perhilitan | Operasi bersepadu pelbagai agensi, NGO akan diperkasakan
Perhilitan bertekad meneruskan operasi penguatkuasaan secara bersepadu iaitu 'Biodiversity Protection and Patrolling Programme (BP3) di seluruh Semenanjung. Melalui BP3 jelasnya, program Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) bersama agensi-agensi penguatkuasaan kerajaan akan dilaksanakan.

Seludup Hidupan Liar | Kini boleh didenda hingga RM1 juta, penjara 15 tahun
Jabatan Perlindungan Hidupan liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia akan menguatkuasakan 44 Seksyen di bawah Akta Pemulihan Hidupan Liar (Pindaan) 2022 [Akta A1646] bermula hari ini. Menurut Perhilitan dalam satu kenyataan, penguatkuasaan Akta A1646 bakal menyaksikan peningkatan penalti bagi kesalahan jenayah hidupan liar yang melibatkan beberapa kesalahan menyimpan, memburu dan menyeludup hidupan liar.

Ivermectin tidak berkesan cegah gejala teruk COVID-19 - Kajian penyelidik Malaysia
Kumpulan penyelidik Malaysia dipetik sebagai berkata, penemuan mereka itu sekali gus tidak menyokong penggunaan Ivermectin untuk pesakit COVID-19.

183 aduan berkaitan penjualan Ivermectin tidak berdaftar
KKM menerima 183 aduan dan 81 maklumat mengenai penjualan produk Ivermectin yang tidak berdaftar dan digunakan sebagai rawatan atau pencegahan COVID-19.

COVID-19: Kesan sampingan Ivermectin tiga kali ganda tinggi
Larangan penggunaan Ivermectin dalam rawatan COVID-19 dibuat selepas mengambil kira aspek keselamatan dan kepentingan rakyat.

KKM cadang laksana kajian klinikal guna Ivermectin ke atas kontak rapat COVID-19
Institut Penyelidikan Klinikal Kebangsaan (ICR) masih menunggu kelulusan dari Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk melaksanakan kajian klinikal ini.

Tidak kurangkan risiko COVID-19, KKM tidak syorkan Ivermectin - Dr Noor Hisham
Keputusan itu dikeluarkan susulan hasil dapatan kajian Ivermectin (I-Tech) ke atas 500 pesakit COVID-19 melibatkan kategori 2 atau 3.

Keputusan kajian Ivermectin akan dibentangkan minggu hadapan
Khairy berkata kajian tempatan berkaitan ubat tersebut sudah selesai dan keputusan sudah diperolehi.

Penjualan Ivermectin: Polis sedia bantu KKM - Mazlan
Polis sedia membantu jika pihak Kementerian Kesihatan (KKM) membuat aduan berhubung penjualan secara haram ubat Ivermectin sebagai penawar COVID-19.

Dua kes keracunan dikesan akibat ambil Ivermectin secara kendiri - KKM
Akibatnya, pengguna tersebut telah mengalami gejala sesak nafas yang berpanjangan sehingga lima hari selepas pengambilan.

Penggunaan Ivermectin hanya untuk tujuan ujian klinikal - MPS
KKM akan menjalankan ujian klinikal terhadap 500 pesakit, untuk menilai keberkesanan penggunaan Ivermectin.

Jual ubat Ivermectin: 'KKM, MCMC jangan lepas tangan' - Persatuan Farmasi Malaysia
Tindakan berani pihak yang cuba mengambil kesempatan itu adalah salah di bawah Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952 dan Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956.