awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Austria umum bantuan EUR3 juta sokong rakyat Palestin terjejas
DUNIA
Wanita Malaysia ditahan bawa lebih 2kg dadah di pusat pemeriksaan Woodlands
DUNIA
10 maut, 15 cedera dalam insiden banjir lumpur di Colombia berhampiran Medellin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

IWK nafi air kumbahan punca banjir di Taman Sri Muda

Bernama
Bernama
25/06/2025
06:46 MYT
Sponsor Banner
IWK nafi air kumbahan punca banjir di Taman Sri Muda
IWK menafikan laporan yang mendakwa air kumbahan sebagai punca kejadian banjir di kawasan perumahan Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd hari ini menafikan laporan media SelangorKini yang mendakwa air kumbahan sebagai punca kejadian banjir di kawasan perumahan Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor.

Ringkasan AI
  • IWK menafikan dakwaan air kumbahan sebagai punca banjir di Taman Sri Muda, sebaliknya menyatakan masalah berpunca daripada saliran tersumbat akibat sampah dan mendapan.
  • Siasatan mendapati aliran air kumbahan terawat dan air hujan gagal mengalir lancar, ditambah dengan lokasi kawasan yang rendah dan hampir dengan Sungai Klang.
  • IWK tegaskan sistem pembetungan sedia ada masih beroperasi mengikut kapasiti asalnya, dan dua Loji Rawatan Kumbahan di kawasan itu tidak mengalami bebanan melampau.

Menurut IWK, selepas menerima aduan daripada Ahli Majlis Zon 9, Ramu Nadarajan, pasukan operasinya telah menjalankan semakan dan mendapati punca utama limpahan dalam longkang dan parit adalah disebabkan kurangnya penyelenggaraan yang baik.
"Longkang dan parit berkaitan didapati penuh dengan sampah, mendapan pasir dan juga akar pokok yang telah menutupi saluran longkang berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Keadaan itu menyebabkan aliran air kumbahan terawat dari Loji Rawatan Kumbahan (LRK) berdekatan, serta air hujan dari kawasan perumahan tersebut tidak dapat mengalir dengan lancar.
Selain itu, lokasi taman itu yang rendah dan berhampiran Sungai Klang menyebabkan kawasan berkenaan kerap terdedah kepada banjir.
IWK turut memaklumkan bahawa sistem paip pembetungan dan LRK sedia ada yang telah beroperasi lebih 30 tahun itu dibina mengikut perancangan teknikal terperinci berdasarkan pelan pembangunan kawasan perumahan tersebut.
Menurut kenyataan itu, laluan pelepasan air terawat dari loji tersebut adalah laluan asal sejak pembinaan awal.
"Menerusi semakan rekod, terdapat dua LRK jenis Aerated Lagoon (AL) di kawasan perumahan ini dan kedua-duanya beroperasi pada kapasiti penduduk setara (PE) seperti yang direka bentuk, tanpa sebarang bebanan melampau (overloading)," menurut IWK.
Hasil semakan dan penemuan itu telah dimaklumkan kepada Ahli Majlis Zon 9 dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
SelangorKini hari ini melaporkan gesaan Ramu Nadarajan yang meminta IWK mempercepatkan proses pengalihan aliran air kumbahan ke lokasi yang lebih sesuai, kerana mendakwa laluan sedia ada menjadi punca banjir di taman berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#IWK
#banjir
#taman sri muda
#air kumbahan
#Selangorkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami