awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA

J-KOM nafi terlibat kempen pemimpin tertentu dalam Pemilihan PKR

Bernama
Bernama
15/05/2025
09:05 MYT
J-KOM nafi terlibat kempen pemimpin tertentu dalam Pemilihan PKR
Ismail berkata dakwaan yang mengaitkan jabatan itu dengan pemilihan parti, adalah tidak berasas. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Ismail Yusop berkata tiada arahan untuk mana-mana petugas untuk like, share, dan promote kempen pemimpin tertentu dalam Pemilihan PKR 2025.

Ringkasan AI
  • Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Ismail Yusop, menegaskan bahawa tiada arahan untuk petugas J-KOM untuk like, share, atau promote kempen pemimpin tertentu dalam Pemilihan PKR 2025.
  • Beliau menafikan dakwaan yang mengaitkan J-KOM dengan pemilihan parti, menyatakan bahawa semua kakitangan menjalankan tugas secara profesional dan berintegriti.
  • J-KOM komited untuk menyampaikan maklumat yang tepat, adil, dan berimbang, serta mengingatkan semua pihak agar berhenti menyebarkan maklumat palsu yang boleh menjejaskan reputasi jabatan.

Beliau berkata dakwaan yang mengaitkan jabatan itu dengan pemilihan parti, adalah tidak berasas.
"Semua kakitangan J-KOM menjalankan tugas secara profesional dan berintegriti, selaras dengan peraturan yang telah ditetapkan.
"Saya juga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa J-KOM terlibat dalam berkempen untuk mana-mana pemimpin dan digunakan untuk menyerang pemimpin-pemimpin tertentu. Tiada sebarang arahan rasmi dikeluarkan untuk aktiviti seperti itu," katanya menerusi kenyataan di Facebook.
Beliau berkata sebagai sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Komunikasi, J-KOM sentiasa komited menyampaikan maklumat yang tepat, adil, dan berimbang, demi memperkukuh sistem demokrasi dan kestabilan negara.
"Saya mengingatkan semua pihak agar berhenti menyebarkan maklumat palsu yang boleh menjejaskan reputasi jabatan ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemilihan PKR
#J-KOM
#Ismail Yusop
#Ketua Pengarah J-KOM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.