Jabatan Agama Islam disaran supaya bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan menggunakan laman sosial bagi membendung penularan fahaman kumpulan militan Negara Islam.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata hanya jabatan agama mampu memberi penjelasan mengenai pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di negara ini seterusnya menyebarluaskan maklumat berkaitan kesesatan ideologi militan Daesh menerusi laman sosial.
Beliau berkata ini kerana langkah pencegahan dari akar umbi perlu dipergiatkan berikutan keseriusan kumpulan itu merekrut anggota baharu khususnya golongan muda menerusi laman sosial di seluruh dunia semakin ketara dan meningkat.
"Malah kini ada pula kaedah bai'ah (ikrar untuk menyertai IS) boleh dilakukan menerusi laman sosial ini tanpa perlu berjumpa dengan anggota kumpulan itu secara bersemuka.
"Cara ini dilihat dapat menjadikan fahaman itu lebih mudah menular dalam kalangan masyarakat seterusnya mempengaruhi golongan muda yang cetek ilmunya dalam bidang agama," katanya dalam Bicara Dakwah Siri 5: Ekstrimisme dan Terrorisme, Cabaran Baharu Belia Islam, di sini, hari ini.
Ayob Khan adalah panelis dalam program anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu.
Jelas beliau, hasil pemantauan pihaknya menunjukkan keaktifan militan IS menggunakan laman sosial terbukti apabila kira-kira 100,000 maklumat mengenai kegiatan mereka dimuat naik setiap hari termasuk menerusi Twitter, Facebook dan Instagram.
Katanya semua pihak perlu memandang serius berhubung isu tersebut kerana tanggungjawab membanteras penularan fahaman sesat yang disebar militan IS bukan terletak pada PDRM atau jabatan agama semata-mata.
"Institusi keluarga juga mesti memainkan peranan penting dan sentiasa memantau apa yang dibuat oleh anak-anak mereka bagi mengelak golongan muda, yang kebanyakannya masih mentah dan cetek ilmu terus terpengaruh dengan fahaman salah itu.
"Jiran, saudara mara, dan sahabat handai juga disaran mengambil tahu sekiranya melihat sebarang perlakuan yang menjurus kepada militan IS dengan melaporkan segera kepada pihak berkuasa," katanya.
Menyifatkan ancaman fahaman militan IS dan kumpulan militan lain tidak akan pudar, Ayob Khan menasihatkan umat Islam di negara ini supaya sentiasa berpegang dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak mudah terikut-ikut konsep kebebasan dan hak asasi yang diperjuang negara Barat.
"Jangan terpengaruh dengan sesetengah golongan yang mendakwa tidak perlu mengikut mazhab dan haram bermazhab kerana mereka ini kononnya mengaku sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah tetapi menolak ijmak dan qiyas, selidik dahulu dengan terperinci," katanya.
Bernama
Sun Dec 27 2015
Hasil pemantauan pihaknya menunjukkan keaktifan militan IS menggunakan laman sosial terbukti apabila kira-kira 100,000 maklumat mengenai kegiatan mereka dimuat naik setiap hari termasuk menerusi Twitter, Facebook dan Instagram. - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
'Berhemah, adil, integriti, amanah dan tegas' jadi pegangan Ayob Khan
Ayob Khan, 56, dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berkuat kuasa 25 Januari ini.
Sindiket ketum diketuai bekas penjawat awam tumpas
Dua serbuan susulan di sekitar Kulai dan Johor Bahru turut menahan 12 yang lain termasuk lapan penjawat awam.
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan bekas pekerja ATA IMS dipukul polis
Pekerja terbabit mendakwa dipukul semasa disoal siasat kerana berkongsi maklumat mengenai keadaan kilang.
Pencemaran di Sungai Tawakal: Polis Johor bantu JAS kenal pasti punca bahan buangan
Soal siasat terhadap sembilan suspek termasuk pemilik premis terbabit masih dijalankan.
Polis Johor tahan 10 individu, rampas dadah bernilai lebih RM1 juta
Sindiket itu telah beroperasi sejak sebulan lepas dan dadah yang diproses akan diedar untuk kegunaan pasaran tempatan dan antarabangsa.
Polis Johor tumpaskan sindiket edar dadah bernilai RM2 juta
Dadah yang dirampas dipercayai untuk tujuan pasaran tempatan bagi kegunaan pusat hiburan dan parti persendirian.
Euro 2020: 70 individu ditahan dalam judi 'online' libatkan nilai pertaruhan lebih RM44 juta
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, operasi bermula selama sebulan sejak 12 Jun lalu.
Peras ugut: Anggota dan pegawai polis terlibat, dah macam pemungut cukai - Ayob Khan
Susulan laporan dibuat oleh mangsa, tangkapan dibuat terhadap kesemua suspek berusia dalam lingkungan 26 hingga 46 tahun.
Op Bersepadu: Warga India miliki lesen memandu palsu ditahan
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, siasatan awal mendapati pemandu tersebut mendapat lesen secara sah di Jabatan Pengangkutan Jalan di Selangor.
Lapan hadiri parti liar dalam tempoh PKP di JB, diberkas
Kesemua suspek berusia lingkungan 24 hingga 31 tahun itu ditahan dalam serbuan pada 12.30 tengah malam oleh sepasukan polis.