awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
Kelayakan Piala Dunia: FIFA jatuhkan hukuman berat, gantung 'orang kuat' Indonesia
Cuaca panas: JPS Perak mohon operasi pembenihan awan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Imigresen berkas 79 warga asing, tujuh rakyat tempatan di Langkawi

Bernama
Bernama
03/11/2015
04:53 MYT
Jabatan Imigresen berkas 79 warga asing, tujuh rakyat tempatan di Langkawi
Tujuh individu tempatan yang cuba menyembunyikan warganegara asing tersebut turut diberkas dalam inisiatif terbaharu membanteras pesalah imigresen di sini.
Tujuh puluh sembilan warga asing diberkas dalam operasi Jabatan Imigresen Kedah di sini malam tadi walaupun disabotaj dengan tayar kenderaan ketua operasinya dibocorkan.
Penolong Pengarah Imigresen Kedah, Nar Azaman Ibrahim yang mengetuai operasi itu berkata tujuh individu tempatan yang cuba menyembunyikan warganegara asing ini turut diberkas dalam inisiatif terbaharu membanteras pesalah imigresen di sini. "Kereta yang saya gunakan semasa operasi ini disabotaj dengan dua daripada tayarnya telah dengan sengaja dibocorkan oleh pihak tertentu yang cuba menghalang usaha kita ini," katanya semasa ditemui di akhir hari ketiga operasi itu malam tadi. Katanya kejadian itu berlaku semasa beliau bersama anggotanya menyerbu sebuah pusat urut di sini yang mana enam orang wanita warganegara Thailand telah diberkas kerana bekerja di sini tanpa permit. Selain Thailand, warganegara asing lain yang turut diberkas adalah dari Algeria, Myanmar, Indonesia, Nepal dan Filipina, sementara warganegara tempatan yang ditahan merupakan majikan atau penyelia kepada warganegara asing berkenaan.
Topic Berkaitan
#dibocorkan
#Imigresen
#Kedah
#sabotaj
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan